The Malaysia Post

Esprit akan menutup kesemua 56 outlet di Asia, termasuk Malaysia akibat pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 sesungguhnya memberi kesan yang teruk terhadap ekonomi dunia. Kali ini, satu jenama fesyen utama dan popular akan menutup semua perkhidmatan perniagaan mereka di seluruh Asia, termasuk Malaysia.

Esprit Holdings adalah jenama pakaian terkenal yang berpusat di Hong Kong, yang mana akan menutup kesemua 56 outlet di Asia, di luar tanah besar China – secara spesifiknya Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau pada akhir bulan Jun ini.

esprit store 515 9ghp

Dilaporkan, jenama fesyen tersebut terpaksa menutup kesemua outletnya akibat kerugian besar yang dialami kesan daripada wabak koronavirus.

Esprit terpaksa mengakhiri perniagaan mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif penstrukturan untuk memfokuskan semua sumber dan mengkalibrasi semula operasi bagi menghadapi cabaran secara efektif dan efisien.

Di samping itu juga, penyederhanaan operasi perniagaan itu dilakukan untuk meminimumkan segala kos dan perbelajaan yang dikeluarkan.

Untuk sembilan bulan yang berakhir pada 31 Mac 2020, kesemua 56 outlet perniagaan di seluruh Asia menyumbang kira-kira HK$267 juta untuk hasil pendapatan kumpulan itu, iaitu mewakili kurang dari 4% jualan keseluruhan jenama tersebut.

3 format2020

Menurut CEO Esprit Group, Anders Kristiansen berkata, ini adalah langkah yang tepat untuk Esprit kerana pandemik koronavirus telah memberi kesan dramatik pada perniagaan ini.  Di bawah prosiding ini, kami dapat mengekalkan kecairan (liquidity) dan fokus terhadap penyusunan semula. Kami ingin menjamin masa depan jenama hebat ini dan bersedia untuk peluang yang akan muncul apabila semuanya ini berakhir.

Susulan penutupan kedai itu, Esprit berkata, lesen perniagaan dan borong di Asia akan diteruskan termasuk perniagaan usaha sama dengan China dan ia akan memberi tumpuan kepada pasaran utamanya di Eropah. Pasukan pengurusan juga mengambil potongan gaji sebanyak 35% sebagai langkah pengurangan gaji para kakitangan.

Baca Juga:  Ringgit berkemungkinan kekal lemah berbanding dolar AS minggu depan

COVID-19 menjejaskan sektor peruncitan di seluruh dunia setelah memaksa lebih 3 bilion orang untuk kekal di rumah di kala kebanyakan negara menjalankan langkah perintah berkurung dan kuarantin.

Beberapa firma runcit memilih skim bantuan kerajaan, sementara kebanyakan syarikat meminta pekerja mengambil cuti tanpa gaji atau menerima pemotongan gaji. Antara jenama yang lumpuh seperti rangkaian pakaian British seperti Oasis dan Warehouse, termasuk jenama fesyen dan perabot, Cath Kidston.

Capturejp

Esprit ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Susie dan Doug Tompkins – yang juga pengasas jenama The North Face, dan kemudian menjual jenama itu kepada sebuah firma Hong Kong pada tahun 1970-an selepas mencapai kejayaan besar.

Di Malaysia, outlet pertama Esprit dibuka pada tahun 1995 dan sejak itu kekal menjadi nama yang tidak asing bagi rakyat tempatan. Bagi peminat jenama fesyen ini pastinya berasa kecewa mendengar perkhabaran ini. Pastinya, sesetengah daripada anda mempunyai nostalgia terhadap jenama pakaian ini.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Persatuan Jepun tawarkan permainan konsol retro, tarik minat kanak-kanak masa kini

Read Next

AirAsia perkenalkan sut PPE untuk kru kabin dan laksanakan dasar perjalanan baru sepanjang pandemik COVID-19

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *