Berita baik buat rakyat Malaysia yang suka melancong! Kini, pembayaran DuitNow QR di luar negara lebih mudah menerusi kerjasama PayNet dan Alipay+. Pengguna tak perlu lagi muat turun aplikasi tambahan atau buka akaun baharu untuk membuat bayaran ketika berada di lima negara terpilih.
5 Negara Yang Menyokong Pembayaran DuitNow QR Di Luar Negara
Buat masa ini, kemudahan ini boleh digunakan di lima destinasi iaitu:
- China
- Hong Kong
- Korea Selatan
- Filipina
- Laos
Pada peringkat awal, pelanggan Maybank, CIMB dan Hong Leong Bank boleh menikmati kemudahan ini. Bank Islam pula dijangka menyusul dalam masa terdekat.
Lebih menarik, pengguna hanya perlu guna aplikasi perbankan sedia ada untuk membuat bayaran di premis yang memaparkan logo Alipay+.
Cara Guna DuitNow QR Di Luar Negara
Caranya cukup mudah! Buka aplikasi perbankan, pilih fungsi DuitNow QR dan imbas kod QR peniaga yang mempunyai logo Alipay+.
Selepas itu, semak jumlah bayaran dan sahkan transaksi. Namun, pembayaran ini hanya menyokong imbasan kod QR peniaga, bukan kod QR daripada telefon pengguna.
Kerjasama ini juga melengkapkan sistem pembayaran dua hala antara Malaysia dan rangkaian Alipay+.
Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran DuitNow QR di Luar Negara
1. Boleh guna DuitNow QR di luar negara?
Ya, di lima negara terpilih buat masa ini.
2. Perlu muat turun aplikasi Alipay+?
Tidak. Guna aplikasi perbankan sedia ada.
3. Bank mana yang menyokong kemudahan ini?
Maybank, CIMB dan Hong Leong Bank.







