Pengenalan asas AI bakal dimasukkan dalam mata pelajaran teknologi digital di sekolah rendah mulai 2027. Langkah ini bertujuan membantu murid memahami cara menggunakan kecerdasan buatan (AI) dengan betul, selamat dan bijak.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata pembelajaran ini akan mengajar murid menyemak fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan dan membuat pertimbangan sebelum menerima sesuatu maklumat.
Di sekolah menengah pula, pembelajaran AI akan diperkukuh menerusi mata pelajaran berkaitan.
AI boleh membantu murid belajar, tetapi setiap jawapan yang diberikan tak semestinya tepat. Oleh kerana itu setiap murid perlulah tahu cara yang betul untuk menilai maklumat dan mengaplikasikannya secara beretika.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut melaksanakan panduan literasi AI sejak 8 Mei lalu bagi menggalakkan penggunaan teknologi secara kritis dan selamat.
Menariknya, seramai 329,414 guru sudah menerima latihan AI setakat 2026. Latihan ini akan diteruskan sehingga semua guru mendapat pendedahan berkaitan.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Bilakah pengenalan asas AI bermula?
Mulai tahun 2027.
2. Apakah tujuan pembelajaran AI?
Mendidik murid menggunakan AI secara bijak dan selamat.
3. Adakah guru turut menerima latihan AI?
Tepat sekali dan dimaklum 329,414 guru dilatih dengan AI pada tahun ini.







