Kerajaan negeri mengumumkan bonus penjawat awam Kelantan sebanyak RM1,500 sebagai tanda penghargaan atas usaha dan khidmat bakti kakitangan kerajaan yang membantu membangunkan negeri serta memenuhi keperluan rakyat.
Bonus Penjawat Awam Kelantan RM1,500
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud memberi maklum bahawa bonus tersebut melibatkan penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuklah kakitangan lantikan kontrak.
Jumlah keseluruhan bagi bantuan kewangan ini RM7.13 juta dan pembayarannya pula akan dibuat dalam dua peringkat. Peringkat pertama pemberian bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri dan yang kedua menjelang ambang Hari Kebangsaan.
Bonus untuk lantikan politik diberikan dengan kadar bayaran ditentukan oleh kerajaan negeri Kelantan.
Pengumuman ini menjadi tanda penghargaan kepada penjawat awam yang terus menjalankan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat Kelantan.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Berapa bonus penjawat awam Kelantan?
RM1,500 seorang.
2. Siapa yang layak menerima bantuan ini?
Penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk kakitangan kontrak.
3. Bila bonus dibayar?
Dalam dua peringkat, sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang Hari Kebangsaan.







