Skip to main content

The Malaysia Post

Ini 4 Jenis Banjir & Punca Anda Perlu Ambil Tahu

Banjir berlaku dengan cara yang sama ke? Tidak. Ada banjir yang muncul secara tiba-tiba selepas hujan lebat dan ada yang ambil masa lama untuk surut. Sebab itu, penting untuk kita tahu jenis banjir supaya kita lebih peka terhadap risiko yang mungkin berlaku di kawasan kediaman.

Jenis-Jenis Banjir dan Perbezaan yang Perlu Diketahui

Setiap kejadian banjir mempunyai punca dan ciri tersendiri. Puncanya seperti taburan hujan, keadaan muka bumi dan paras air laut mempengaruhi risiko banjir di sesuatu kawasan.

1. Banjir Monsun Akibat Hujan Berterusan

Banjir monsun biasanya dikaitkan dengan hujan lebat yang berpanjangan. Paras air boleh meningkat sehingga menjejaskan kawasan kediaman dan laluan penduduk.

2. Banjir Kilat yang Berlaku Mendadak

Banjir kilat boleh berlaku dalam masa singkat apabila hujan lebat menyebabkan air terkumpul dengan cepat, terutama di kawasan bandar dan sistem saliran yang tidak mencukupi.

3. Banjir Pantai Ketika Air Laut Meningkat

Kawasan pesisir pantai berisiko mengalami banjir apabila air laut melimpah ke daratan, termasuk ketika air pasang tinggi.

4. Banjir Cenang di Kawasan Rendah

Berlaku apabila air bertakung di kawasan rendah. Aliran airnya keluar dengan perlahan atau pun tersekat.

Apa pun puncanya, anda jangan pula pandang ringan risiko banjir ini. Pantau amaran cuaca, elakkan laluan yang dinaiki air dan berpindah ke tempat selamat apabila diarahkan pihak berkuasa.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa jenis banjir?

Ada empat jenis banjir.

Apakah jenis-jenis banjir tersebut?

Jenis-jenis banjir tersebut adalah banjir monsun, banjir kilat, banjir lumpur dan banjir cenang.

Jenis banjir yang bahaya?

Banjir monsun merupakan banjir berisiko tinggi bahayanya.

Read Previous

Wujud Dakwaan Terbaru Dalam Kes Ketua AKPS Shuhaily

Read Next

Cuti Tambahan Deepavali 2026 Beri Peluang Guru & Murid Sekolah Cuti Lebih Panjang

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *