The Malaysia Post

Warisan misteri batu hidup ‘megalith’ di Semenanjung Malaysia

Megalith merupakan bongkah batuan yang melangkau hukum fizik bebatuan dek kerana sifatnya yang membesar sedikit demi sedikit mengikut persekitaran masa. Megalith di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu batu-batu yang tingginya di antara dua hingga enam kaki disusun berorientasikan arah utara-selatan secara berpasangan dan diatur di dalam barisan timur-barat. Jenis kedua pula, batu yang lebih kurang satu kaki dan tidak mempunyai susunan yang khusus.

Secara saintifik, megalith disebut sebagai batu ‘Menhir’. Bagi penduduk tempatan di Malaysia pula, mereka menggelar batu tegak ini sebagai Batu Hidup.

megalith pengkalan kempas
Batu Hidup “megalith” yang terdapat di Pengkalan Kempas, N. Sembilan

Kewujudan batu hidup ini sebagai kubur atau makam leluhur terdahulu di Malaysia masih kurang diselidik dan tidak banyak disokong oleh para arkeologis tempatan mahupun antarabangsa. Namun, masyarakat tempatan percaya bahawa tapak-tapak megalith adalah tapak bersejarah atau tanah perkuburan.

Secara umumnya, budaya batu hidup megalith di Semenanjung Malaysia ini tersebar hanya di kawasan tertentu – khusus di Melaka, Negeri Sembilan, dan Lembah Bernam. Salah satu warisan megalith terpenting di Semenanjung Malaysia adalah penemuan sekumpulan Batu Menhir di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Batu ini sangat menarik disebabkan kerana bentuknya, iaitu berbentuk pedang, sudu serta kemudi. Terdapat juga penemuan batu megalith yang dihiasi dengan motif naga dan diukir dengan kalimah Allah.

67c740861b2c4fa33b958407a2cbfa3f
Tapak Megalitik yang terdapat di lokasi bersejarah di Bekoh

Kini, lebih kurang 86 batu megalith yang dijumpai dan dikutip dari pelbagai kawasan tapak seluruh Malaysia dipamerkan di Laman Megalith yang terletak di Taman Putra Perdana, Putrajaya.

Masih banyak misteri tentang penemuan dan kewujudan batu megalith di Semenanjung Malaysia yang masih tidak diketahui sehingga sekarang. Ini pentingnya agar kajian ilmiah batu megalith dilakukan supaya warisan sejarah terus dipelihara untuk pengetahuan masa hadapan.

Baca Juga:  Identiti Wanita Ditemui Mati di Melaka Masih Misteri

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Nor “Phoenix” Diana, ahli gusti berhijab Malaysia tampil 30 Under 30 Asia, salah seorang penghias muka majalah Forbes

Read Next

Syarikat permainan papan Jepun keluarkan permainan puzzle “Pure Hell”, mampu menguji kesabaran pemain!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *