Pengumuman mengenai hala tuju politik baru oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dijadual berlangsung pada 17 Mei ini selepas kedua-duanya melepaskan jawatan dalam kabinet tahun lalu. Rafizi berkata keputusan tersebut dibuat selepas tempoh setahun meneliti pelbagai pandangan dan pertimbangan sebelum menentukan langkah politik seterusnya. Majlis itu akan diadakan di PJ Performing Arts Centre dan dibuka kepada orang ramai.
Hala Tuju Politik Baru Bakal Diumumkan Di Petaling Jaya
Rafizi sebelum ini mengundur diri sebagai menteri ekonomi manakala Nik Nazmi melepaskan jawatan menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim. Dalam kenyataannya sebelum ini, Rafizi memaklumkan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik sedia ada, tidak akan membentuk kuasa ketiga, tidak menubuhkan parti baru serta tidak bekerjasama dengan Khairy Jamaluddin. Walaupun begitu, beliau tetap berhasrat mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU16 nanti.
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 Saya dan Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa, akan mengumumkan hala tuju politik baru kami pada hari Ahad, 17 Mei 2026. Tempoh setahun yang lalu telah memberi ruang kepada kami berdua mengambil kira pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor untuk memutuskan hala tuju politik kami yang seterusnya. Pengumuman ini akan dibuat di dalam satu majlis seperti berikut: Tempat: PJ Performing Arts Centre (PJPAC) S611, Second Floor One Utama E Bandar Utama 47800 Petaling Jaya. Tarikh: Ahad, 17 Mei 2026 Masa: 2 – 5 petang (Ketibaan orang ramai bermula jam 1 petang) Majlis pengumuman ini terbuka kepada orang ramai. Saya jemput seberapa ramai live streamers untuk hadir dan mengadakan live stream majlis ini. Saya menjemput rakyat Malaysia dari seluruh negara dan pelbagai latar belakang yang mahu menyuburkan aliran politik progresif untuk sama-sama hadir ke majlis ini. Untuk memudahkan urusan penganjuran, orang ramai yang berminat untuk hadir boleh scan QR code. Jumpa hari Ahad ini, jam 2 petang di PJPAC atau di live stream. #rafiziramli#niknazmi#halatujupolitik#politikmalaysia