PUTRAJAYA – Rafizi Ramli nafi salah laku apabila menolak dakwaan terbabit dalam isu kewangan berjumlah RM3.6 bilion yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bekas Menteri Ekonomi itu menegaskan tiada bukti fizikal, rampasan wang atau transaksi yang mengaitkan dirinya dengan tuduhan tersebut.
Rafizi Ramli nafi salah laku dalam dua siasatan berasingan
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, siasatan berkenaan melibatkan dua isu yang berasingan. Pertama, berkaitan perjanjian kerajaan dengan syarikat cip semikonduktor antarabangsa ARM yang didakwa dilakukan secara tergesa-gesa sehingga merugikan negara.
Beliau berkata, isu tersebut dijadikan bahan berita kononnya melibatkan salah laku kewangan berjumlah RM1.1 bilion, walaupun tiada bukti yang menunjukkan penglibatannya.
Rafizi Ramli nafi salah laku projek solar swasta
Isu kedua pula membabitkan projek solar terbesar 750 megawatt oleh UEM Lestra. Rafizi menjelaskan projek itu adalah inisiatif swasta sepenuhnya dan tidak berada di bawah kementeriannya ketika beliau berkhidmat.
Beliau juga menolak tuduhan bahawa kontrak dianugerahkan kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengannya, sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang disebarkan pihak tertentu termasuk pempengaruh media sosial.
Rafizi Ramli nafi salah laku, dakwa tuduhan muncul serentak
Rafizi menyatakan kedua-dua isu itu timbul dalam tempoh kurang seminggu, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai motif di sebaliknya.
Beliau menyifatkan tuduhan berjumlah RM3.6 bilion itu sebagai “fitnah overkill”, malah membandingkannya dengan jumlah RM2.3 bilion yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri dalam kes 1MDB.
Tambahnya, pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra dalam projek NETR adalah pelaburan swasta tanpa melibatkan dana awam atau perolehan kerajaan.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗕𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗪𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗠𝟯.𝟲 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗜𝗢𝗡, 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗦 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 Jangan lupa tonton podcast YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam di saluran YouTube saya. Kami akan rakam pagi Jumaat dan disiarkan bermula jam 10 malam selepas solat tarawih. Isu yang saya akan kupas minggu ini memang berat: Saya akan jawab dan huraikan dua tuduhan salah laku yang kini disiasat oleh SPRM. Satu berhubung perjanjian negara dengan ARM, syarikat cip semikonduktor gergasi dunia. SPRM telah buka kertas siasatan, kononnya untuk menyiasat adakah ia dilakukan secara tergesa-gesa dan telah merugikan negara. Ini yang jadi bahan berita konon “bekas menteri kanan disiasat berhubung dakwaan salah laku RM1.1 billion”. Satu lagi mengenai satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi, iaitu projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra. Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya. Ini jadi satu lagi bahan fitnah yang dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos, konon “Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 billion”. Semua ini timbul secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai seminggu. Tidak seperti kes yang lain, SPRM tidak menunjukkan bukti. Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah, satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita. Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah. Saya dituduh terbabit kononnya di dalam skandal yang nilainya melebihi nilai yang diambil Dato’ Seri Najib. Dato’ Seri Najib disabitkan bersalah bila ada RM2.3 bilion masuk akaun peribadi dari dana 1MDB. Saya kini dituduh terbabit kononnya dalam dua skandal kewangan yang jumlahnya RM3.6 bilion – fuyooooo lagi banyak dari Najib! Mereka yang membangunkan skrip fitnah ini tidak terfikir perkara ini tidak masuk akal. Fitnah selalunya berakhir dengan overkill. Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi overkill. Kami yang GenX ke atas ni dah melalui semua ini zaman reformasi dahulu – fitnah yang menjadi overkill. Tilam diusung untuk tunjuk air mani. Semua cerita lucah jadi bahan laporan setiap hari. Kami yang rakyat biasa turun membela Anwar Ibrahim yang jadi mangsa fitnah kerana sepak terajang kuasa. Malangnya, Anwar Ibrahim kini membenarkan fitnah yang overkill dijaja oleh penyokong-penyokongnya setiap hari, kerana kali ini ia digunakan terhadap seorang yang dia sendiri mengaku dia menyampah. Benarlah manusia ini mudah lupa. Jadi nak dengar kupasan penuh, jangan lupa tonton YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam. #rafiziramli#podcastybm#sprm#azambaki