The Malaysia Post

Komuniti percetakan 3D bantu cipta ‘face shield’ buat petugas barisan hadapan

Sekumpulan pengguna di laman sosial Facebook berganding bahu untuk mencipta pelindung muka (face shield) bagi kegunaan petugas barisan hadapan COVID-19 di negara kita.

Inisiatif ini dilakukan di grup Facebook – 3D Printing Malaysia Community for COVID 19 (Group) dimana komuniti ini berkumpul dan menyumbangkan idea serta keperluan bagi mencipta face shield melalui teknologi percetakan 3D.

Menurut semakan yang dibuat, grup itu baru sahaja ditubuhkan sejak 22 Mac tahun ini. Melalui perkongsian yang dibuat di grup itu juga, netizen turut berkongsi prototaip beserta reka bentuk yang telah dibangunkan mereka bersama pengguna yang lain bagi melancarkan proses percetakan akhir nanti.

Selain daripada grup tersebut yang mengumpulkan komuniti 3D printing di Malaysia, laman Biji-Biji Initiative juga dilihat berusaha melakukan perkara yang sama dalam membantu mencipta face shield buat petugas barisan hadapan di negara kita.

Melalui kiriman yang dibuat di Facebook mereka, pihak Biji-Biji Initiative kini sedang giat mengumpulkan bahan-bahan untuk melakukan percetakan 3D face shield ini. Melihat kepada progress yang dilakukan netizen dan pihak Biji-Biji Initiative ini, diharapkan petugas-petugas barisan hadapan untuk melawan COVID-19 ini akan menerima face shield dalam tempoh masa terdekat.

Jika anda mempunyai kepakaran dan sumber yang ingin disumbangkan, apa kata anda sertai grup 3D Printing Malaysia Community for COVID 19 (Group) ini di Facebook.

Siapa tahu pertolongan yang diberikan oleh anda semua dapat membantu pihak-pihak berwajib dalam memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit COVID-19 yang semakin ramai di negara kita.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Perintah Kawalan Pergerakan – ATM guna dron dan UAV pantau rakyat

Read Next

7,500 anggota ATM turun padang untuk pertingkatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.