The Malaysia Post

Acara himpunan tabligh di Indonesia dibatalkan, semua peserta jalani kuarantin

Indonesia mencatatkan angka kematian yang ke-19 semalam disebabkan COVID-19. Angka ini menjadikan Indonesia sebagai negara tertinggi kematian melepasi Filipina.

Walaupun angka makin menebal, tetapi sikap degil manusia tidak dapat diubah. Semalam dilaporkan ribuan tabligh dari seluruh Asia akan berhimpun di Indonesia hari ini bagi menghadiri Ijtima Dunia 2020 yang berlangsung di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan anjuran Tabligh Jama’at.

terkiniid images 8 2

Himpunan ini hadir ditengah-tengah situasi bahaya, tanpa menghiraukan kebimbangan penularan wabak COVID-19 di acara tersebut.

Terbaharu, melalui satu kenyataan yang dibuat oleh Gabenor Sulawesi Selatan dan Bupati Gowa, Nurdin Abdullah menyatakan bahawa acara ini akhirnya dibatalkan setelah mencapai kata sepakat dengan penganjur, lapor media Makassar Terkini.

Beliau juga menyatakan bahawa semua acara yang dijadualkan berlangsung di sekitar Makassar telah dibatal atau ditunda bagi menghalang penyebaran wabak COVID-19.

Sementara itu, wakil kerajaan di Gowa, Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo mengaku bersyukur akhirnya acara Ijtima dunia ditunda dan dibatalkan pelaksanaannya.

“Alhamdulillah, akhirnya sepakat Ijtima dunia ditunda/dibatalkan pelaksanaannya. Tidak henti-henti kami melakukan komunikasi dan kordinasi dengan pihak penganjur ini,” Katanya.

tabligh sulawesi

Kerajaan Indonesia juga sepakat untuk meletakkan semua peserta dalam tempoh kuarantin sebelum menghantar jemaah ini pulang ke negara masing-masing.

Ketua polis wilayah sebelum ini mengesahkan telah memberi amaran kepada kumpulan ini untuk membatalkan hasrat mereka, namun tidak dihiraukan oleh pihak penganjur.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Mustari Bahranuddin, salah seorang penganjur, beliau menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan wabak COVID-19.

“Kami lebih takutkan Allah. Naluri manusia lebih takutkan penyakit dan kematian,” katanya seperti yang dipetik di Sinar Harian.

Terdahulu situasi sama terjadi di Malaysia dengan kira-kira 16,000 jemaah tabligh berhimpun di antara 27 Februari hingga 1 Mac lalu. Akibat daripada itu, lebih 500 mangsa positif COVID-19 di Malaysia datang daripada himpunan yang berlaku di Masjid Jamek Sri Petaling tersebut.

Baca Juga:  Pembayar cukai mungkin mengeluarkan tambahan RM1b hanya untuk mengadakan PRU15 semasa musim banjir akhir tahun, kata bekas ketua SPR

Seramai 89 rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan Ijtima Dunia 2020 di Sulawesi, Indonesia akan terus dikuarantin apabila tiba di Malaysia.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Kempen Melawat Malaysia VM2020 dibatalkan

Read Next

PM Malaysia umumkan peruntukan RM160 juta kepada KKM tangani wabak

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *