KUALA LUMPUR, 11 September 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melangkah setapak lebih maju dalam bidang teknologi keselamatan dengan pelancaran Satelit X-Band, sebuah sistem komunikasi canggih yang direka untuk meningkatkan keupayaan pasukan polis di lapangan.
Langkah ini menjadikan PDRM bukan sahaja sebagai sebuah pasukan penguat kuasa undang-undang, tetapi juga sebagai institusi yang bersedia menghadapi cabaran teknologi masa depan.
Apa Itu Satelit X-Band?
Kalau dengar nama macam sains fiksyen, tapi sebenarnya Satelit X-Band ni adalah sistem komunikasi satelit berfrekuensi tinggi. Ia membolehkan PDRM berhubung dalam apa jua keadaan – walaupun di kawasan pedalaman, ketika berlaku bencana besar, atau bila rangkaian telekomunikasi biasa tergendala.
Dalam bahasa mudah, Satelit X-Band ni ibarat “walkie-talkie versi super power” yang boleh menembusi halangan geografi dan cuaca untuk pastikan komunikasi tetap berjalan.
Projek Satelit X-Band PDRM Bermula Sejak 2022
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, projek ini mula dirancang sejak 1 Januari 2022 dan mengambil masa lebih dua tahun sebelum siap sepenuhnya pada 31 Disember 2024.
Ia direalisasikan oleh Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, yang kini mencipta sejarah tersendiri dalam pembangunan sistem komunikasi keselamatan negara.
“Tujuan utama projek ini adalah untuk memastikan komunikasi PDRM kekal berfungsi walaupun dalam keadaan bencana, kawasan terpencil, sempadan negara, atau ketika rangkaian awam terputus,” jelas beliau dalam perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara.
Bas Khas Dengan Satelit X-Band – “Game Changer” Untuk PDRM
Yang menariknya, Satelit X-Band ni tak hanya duduk dalam makmal atau menara tinggi. Ia dipasang dalam sebuah bas khas yang dilengkapi dengan:
- Sistem kawalan operasi,
- Akses data berkelajuan tinggi,
- Komunikasi masa nyata (real-time).
Dengan bas ini, PDRM boleh gerakkan “pusat kawalan bergerak” ke lokasi kejadian – sama ada operasi di sempadan, misi menyelamat banjir, atau serbuan besar-besaran.
Satelit X-Band Force Multiplier Untuk PDRM
Kalau sebelum ini, penyelarasan operasi kadang-kadang terjejas sebab masalah talian atau rangkaian internet, kini dengan Satelit X-Band, semua tu dapat diatasi.
Ketua Polis Negara menyifatkan teknologi ini sebagai “force multiplier”, iaitu pengganda kuasa yang mampu menjadikan operasi lebih cekap, pantas dan tersusun.
Baca juga:
- Apa Itu ChatGPT Dan Cara Untuk Gunakannya
- Apa itu Teknologi HAARP. Adakah HAARP Mencipta Gempa Bumi?
Apa Fungsi Satelit X-Band PDRM Untuk Rakyat?
Bagi orang awam, pelancaran Satelit X-Band ni bermakna keselamatan kita lebih terjamin. Bila berlaku bencana atau kecemasan, pasukan keselamatan dapat bergerak dengan lebih teratur kerana komunikasi mereka tak lagi bergantung kepada rangkaian biasa.
Selain itu, ia juga menandakan PDRM semakin serius dalam mengadaptasi teknologi moden, sejajar dengan perkembangan dunia keselamatan global.







