The Malaysia Post

Penyu berusia lebih 40 tahun ditemui mati

Seekor penyu spesies agar ditemui mati terdampar di pantai Teluk Kemang, Port Dickson, pagi tadi. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip berkata, penyu jantan dengan berat lebih 100 kilogram yang dianggarkan berusia lebih 40 tahun itu ditemui oleh orang awam.

Kakitangan jabatan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan penyu itu dipercayai sudah beberapa hari mati di tengah laut dan dihanyutkan ombak ke pesisiran pantai. Pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan cedera pada penyu berkenaan dan punca kematian tidak dikenalpasti setakat ini.

Penyu agar ditemui terdampar di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Reptilia marin terancam itu wujud dalam populasi yang sedikit di Negeri Sembilan dan penting untuk dipelihara. Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya prihatin dengan tidak mengganggu penyu itu terutama jika menemuinya sedang naik ke pantai untuk bertelur termasuk tidak mengambil telurnya.

Sabit kesalahan atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh dikenakan denda maksimum RM 20,000 atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) 1976 Negeri Sembilan dan Akta Perikanan 1985.

Orang ramai yang menjumpai penyu mati atau cedera agar menghubungi talian 06-6472050 atau 06-6621089 atau menghantar mesej di laman rasmi Facebook Jabatan Perikanan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Kesatuan Eropah (EU), Turki kaji semula perjanjian

Read Next

Stor minuman keras seludup bernilai RM240,350 tumpas

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.