ng penyanyi nasyid lelaki terkenal, yang didakwa terlibat dalam hubungan sulit bersama seorang wanita muda yang dikatakan merupakan anak kepada seorang ahli politik berpengaruh. Apa yang lebih menyentuh hati, dakwaan ini muncul ketika isterinya baru sahaja melahirkan anak mereka.
Dakwaan Penyanyi Nasyid Popular Curang Mula Tular Sejak April, Kini Kembali Diperkatakan
Pendedahan pertama berkaitan isu ini sebenarnya telah mula berlegar di platform media sosial sejak April lalu, namun ketika itu ianya hanya dianggap sekadar gosip liar tanpa sebarang bukti kukuh. Penyanyi terbabit juga langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau respons bagi menjernihkan keadaan.
Namun, situasi mula berubah apabila portal hiburan Gempak baru-baru ini menerima satu mesej daripada individu yang mendakwa mengenali artis terbabit secara peribadi, serta memberikan beberapa butiran lanjut berkaitan hubungan sulit berkenaan.
Hubungan Sulit Dengan Anak Ahli Politik Sejak Tahun Lalu, Isteri Didakwa Sedar dan Membenarkan Poligami
Menurut maklumat yang dikongsikan, hubungan antara penyanyi tersebut dengan wanita berusia 26 tahun itu dikatakan telah terjalin sejak penghujung tahun lalu, ketika rumah tangga penyanyi berkenaan dikatakan berada dalam keadaan yang rapuh.
“Info yang orang tu bagi pada saya, hubungan artis ni dengan perempuan tu terjalin sejak pergolakan rumah tangga artis tu dengan isteri dia sejak akhir tahun lalu. Tapi tak ada orang tahu sebab diorang cuba tutup dengan up story yang indah-indah walaupun sebenarnya rumah tangga dah di hujung tanduk,” ujar sumber tersebut.
Lebih mengejutkan, individu berkenaan turut mendedahkan bahawa wanita terbabit merupakan anak kepada seorang ahli politik yang cukup dikenali di peringkat nasional. Beberapa saksi turut mendakwa mereka pernah terserempak pasangan itu bersama di pusat beli-belah terkemuka sekitar ibu kota.
Baca juga:
- Skandal ‘Kiss Cam’ Coldplay: CEO Astronomer Andy Byron Kantoi Curang
- Cold Violence Dalam Hubungan, Ini 5 Tanda Ramai Tak Sedar!
Isteri Penyanyi Nasyid Popular Baru Bersalin, Netizen Tampil Bersimpati
Paling menyedihkan dalam pendedahan ini ialah hakikat bahawa isteri kepada penyanyi nasyid tersebut baru sahaja bersalin ketika berita mengenai kecurangan ini tersebar. Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh penyanyi mahupun isterinya, banyak pihak melahirkan simpati terhadap wanita berkenaan yang kelihatan tabah dan terus menyokong suaminya secara terbuka sebelum ini.
Difahamkan juga, walaupun mengetahui akan hubungan sulit suaminya, si isteri dikatakan memilih untuk tidak menimbulkan konflik secara terbuka dan sebaliknya membenarkan suaminya berkahwin lagi secara sah, jika itu yang terbaik buat keluarga mereka.