The Malaysia Post

Bojan Hodak Tarik Bekas Pemain Chelsea, Lucas Piazon ke Persib Bandung

BANDUNG, 17 Julai 2025 – Persib Bandung kini mencuri tumpuan dunia bola sepak serantau apabila dilaporkan bakal menguji dan mungkin menandatangani pemain kelahiran Brazil, Lucas Piazon. Bekas pemain sensasi Chelsea itu, yang suatu ketika dahulu digelar ‘wonderkid’ oleh media Eropah, dilihat menyertai latihan pasukan kendalian Bojan Hodak di Thailand sebagai persediaan awal menghadapi musim baharu Liga 1 Indonesia (BRI Super League) 2025/2026.

Persib Bandung: Strategi Serius Hadapi Musim Baharu

Skuad Persib Bandung dilihta kini sedang giat menjalani latihan pramusim secara intensif yang diadakan Thailand. Latihan ini sebagai usaha untuk Persib Bandung memperkemaskan taktikal dan menilai keupayaan pemain baharu, termasuk pemain import. Piazon, yang kini berusia 30 tahun, merupakan antara nama paling besar yang menyertai sesi latihan tersebut. Beliau dijadualkan akan diturunkan dalam perlawanan ujian menentang pasukan tempatan sebagai penilaian awal terhadap kecergasan dan tahap prestasinya.

Langkah ini dilihat sebagai satu strategi agresif oleh Persib Bandung untuk meningkatkan kekuatan pasukan dengan memperkenalkan bakat berpengalaman dari pentas Eropah.

Profil Lucas Piazon: Bekas Bintang Harapan Chelsea

Lucas Piazon mula mencipta nama dalam dunia bola sepak profesional apabila menandatangani kontrak bersama Chelsea pada tahun 2012. Sepanjang satu dekad bersama kelab tersebut, beliau pernah dipinjamkan ke beberapa kelab ternama seperti Fulham, Reading, Malaga, Eintracht Frankfurt, Chievo Verona, Rio Ave dan Braga.

Musim lalu, Piazon beraksi bersama AVS Futebol SAD dalam Liga Portugal, di mana beliau mencatat 32 penampilan dan menyumbang tiga bantuan jaringan (assist). Walaupun kariernya di Chelsea tidak begitu menyerlah seperti yang diharapkan, Piazon masih dianggap sebagai pemain berpengalaman yang mampu menjadi aset penting kepada mana-mana kelab yang ingin memperkukuh serangan dari bahagian tengah.

Baca juga:

Lucas Piazon & Bojan Hodak: Gabungan Potensi dan Strategi

Bojan Hodak yang merupakan Ketua jurulatih Persib Bandung menyatakan bahawa beliau tidak akan menggunakan kesemua kuota pemain import semata-mata. Beliau sebaliknya hanya akan menyenaraikan mereka yang benar-benar memberikan impak taktikal kepada Persib Bandung. Dengan peningkatan kuota pemain asing kepada 11 orang untuk musim baharu, Bojan mempunyai ruang fleksibel untuk menilai pemain seperti Piazon secara menyeluruh sebelum membuat keputusan muktamad.

Selain Piazon, tiga lagi pemain import sedang melalui tempoh percubaan bersama pasukan ialah:

  • Kim Min-hyeok – Pertahanan tengah dari Korea Selatan
  • Bruno Santos – Bek kanan dari Brazil
  • Junior Palacios – Bek kanan dari Colombia

Keputusan akhir mengenai kontrak mereka dijangka akan diumumkan menjelang penghujung sesi pramusim.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Dan Rivera Meninggal Dunia Secara Misteri Bersama Patung Annabelle

Read Next

Tak Puas Hati Dengan Barang? Pulang Sahaja Dalam 30 Hari di TikTok Shop Mall

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *