Kontroversi membabitkan dua generasi artis popular di Malaysia nampaknya semakin menjadi tumpuan ramai dan panas. Ia susulan penyanyi bersuara emas, Shila Amzah kini dilihat telah tampil kedepan melalui platform Instagram untuk memberi penjelasan penuh berhubung insiden dia diserang oleh legenda rock negara, Amy Search.
Shila Amzah Mohon Jangan Kaitkan Nabila Huda Dalam Isu Amy Search
Namun apa yang menarik perhatian ramai, Shila dengan tegas memohon agar pelakon berbakat besar Nabila Huda, yang juga anak kepada Amy, tidak dikaitkan langsung dalam isu hangat ini.
“Saya dah beri kenyataan saya. Tolong jangan seret Nabila dalam hal ni. Dia tak ada kena-mengena langsung,” tegas Shila dalam IG story miliknya.
Shila Amzah Dakwa Ada ‘Orang Dalam’ Di Sebalik Perubahan Sikap Amy Search
Apa yang lebih mengejutkan, Shila turut mendedahkan ada pihak ketiga yang didakwanya berada ‘di belakang’ Amy, dan menyifatkan Amy kini sudah bukan seperti yang dikenali selama 17 tahun beliau berada dalam industri.
“Cari tahu benda dan tangan ajaib yang menyebabkan benda ni berlaku. Dia tidak berseorangan. Sepanjang saya kenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu, beliau langsung tak begini.”
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Shila seolah-olah memberi bayangan ada seseorang yang mempengaruhi tindakan dan kenyataan Amy Search, sesuatu yang amat mengejutkan para peminat kerana Amy sebelum ini dikenali sebagai figura tenang dan profesional.
Baca juga:
- Polis Sahkan Terima Laporan Shila Amzah Kena Serang Artis Legenda
- Ayda Jebat Juara The Masked Singer Malaysia 3
Shila Amzah Mohon Maaf, Tapi Takkan Berdiam Diri
Dalam hantaran sama, Shila turut menyatakan permohonan maaf kepada media dan orang ramai kerana tidak dapat mendedahkan nama individu yang dimaksudkan ketika ditemubual media.
“Saya minta maaf sebab tak boleh sebut terus siapa dia. Tapi saya rasa orang boleh nilai dan lihat sendiri dari apa yang berlaku,” ujarnya.
Isu kontroversi ini semakin panas apatah lagi apabila melibatkan dua nama besar dalam industri hiburan di mana salah seorang merupakan legenda muzik rock tanah air manakala seorang lagi pula adalah penyanyi generasi baharu yang berbakat besar.