The Malaysia Post

Runtuhan hotel di China, 70 mangsa kuarantin COVID-19 terperangkap

Sekitar 70 orang terperangkap setelah sebuah hotel yang digunakan sebagai kemudahan kuarantin bagi mereka yang disyaki dijangkiti virus koronavirus (COVID-19), runtuh di bandar Quanzhou China, di wilayah Fujian pada Sabtu ( 7 Mac). Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan.

Video yang dimuat naik online menunjukkan pekerja penyelamat berpakaian jingga, berada di atas runtuhan bangunan itu. Masih tidak jelas berapa tinggi bangunan itu sebelum ia roboh. Bagaimanapun, terdapat beberapa hartanah komersil berhampiran.

Setakat ini pasukan mencari dan menyelamat sedang bertungkus lumus berusaha untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang masih lagi terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut.

Hotel Xinjua di bandar Quanzhou itu runtuh sekitar pukul 7.30 malam waktu tempatan dan sekitar 34 orang berjaya diselamatkan setakat dua jam kemudian, menurut satu kenyataan pemerintah tempatan.

Bagaimanapun angka sebenar mangsa yang terlibat masih belum dapat dipastikan.

Anggota penyelamat menyelamatkan mangsa dari runtuhan hotel yang menjadi kemudahan kuarantin COVID-19.

Akhbar rasmi People’s Daily melaporkan bahawa hotel tersebut dibuka pada Jun 2018 dan mempunyai 80 bilik. Ia digunakan sebagai kemudahan kuarantin semasa penularan virus COVID-19.

Seorang saksi dikenali sebagai Wu, yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian runtuhan hotel tersebut mendengar dentuman kuat ketika sedang makan malam. Wu menyangkakan ianya ialah bunyi ledakan/letupan.

Lalu, dia berlari keluar menuju ke balkoni rumah dan melihat sebuah bangunan yang runtuh.

Pemerintah wilayah Fujian menyatakan pada Jumaat, wilayah itu mempunyai 296 kes virus korona dan 10,819 orang diletakkan di bawah pemerhatian selepas disenaraikan sebagai berhubung rapat dengan pesakit. Punca hotel itu roboh masih belum jelas.

Agensi Berita Xinhua menyatakan bahawa jawatankuasa bertanggungjawab bagi keselamatan di tempat kerja di bawah Majlis Perbandaran Negara, sudah menghantar pasukan kecemasan ke tapak kejadian.


About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Malindo Air sedia potong 50% gaji staff berikutan koronavirus

Read Next

Dr Mahathir tolak Anwar jadi TPM

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.