Kalau korang fikir mendaki gunung tu hanya pasal penat naik tangga, tunggu dulu. Ada gunung yang bukan setakat tinggi, tapi juga menakutkan, berbahaya, dan boleh jadi pengalaman yang merubah hidup!
Bagi pendaki sejati, cabaran ini bukanlah sekadar pemandangan cantik dari puncak. Ia tentang menempuh badai salji, menghadapi suhu ekstrem, lalu mengatasi ketakutan sendiri. Dalam perkongsian artikel kali ni, jom kita kaji 10 gunung paling sukar dan ganas untuk didaki di dunia yang mana setiap satu ada kisahnya tersendiri!
Senarai Gunung Paling Sukar Didaki atau Gunung Ekstrem di Dunia
1. Gunung Everest (8,848 meter) – Gunung Paling Berbahaya di Dunia!
Everest, gunung raksasa tertinggi dunia di sempadan Nepal dan Tibet, bukan sekadar tinggi menggerunkan tapi penuh perangkap maut. Suhu beku tahap beku tulang, ribut salji tiba-tiba, dan zon kematian yang kekurangan oksigen boleh buat sesiapa je rebah tanpa sempat minta tolong. Kat sini, silap langkah sikit je… terus jadi sejarah. Lebih 300 orang dah terkorban di sini! Tapi tu lah, cabaran ni jugalah yang buat orang tetap nak cuba.
2. K2 (8,611 meter)
Digelar “Gunung Liar”, K2 kat sempadan Pakistan-China ni jauh lebih sukar dari Everest. Pendaki kena ada skil teknikal tinggi sebab cerunnya curam gila. Tiada laluan komersial, dan statistik kata 1 daripada 4 pendaki tak balik.
3. Kangchenjunga (8,586 meter)
Gunung suci bagi masyarakat Nepal dan India, gunung ni selalu diselimuti awan dan ada lima puncak besar. Sangat teknikal, penuh salji, dan cuaca yang tak menentu buat ia antara yang paling jarang didaki.
4. Lhotse (8,516 meter) – Gunung Ekstrem di Dunia!
Lhotse ni duduk sebelah je dengan Everest, tapi korang jangan main-main tau! Sebabnya “South Face” dia macam dinding maut, curam gila sampai korang boleh rasa jantung korang nak tercabut. Antara tebing paling ngeri kat dunia. Kalau kau cari adrenaline level gila, sini lah tempatnya.5. Makalu (8,485 meter)
5. Makalu (8,485 meter)
Makalu dikenali dengan bentuk piramidnya. Trek pendakiannya sangat teknikal, dengan cerun tajam dan kawasan sempit. Kalau tak biasa panjat dinding batu berais, baik fikir dua kali!
6. Cho Oyu (8,188 meter)
Nampak “senang” sebab paling mudah diakses antara gunung 8,000 meter. Tapi jangan tertipu! Ketinggian dan celah-celah ais boleh jadi perangkap maut. Sesuai untuk latihan sebelum ke Everest.
7. Dhaulagiri I (8,167 meter)
Terletak di Nepal, gunung ni sangat terpencil dan dipenuhi curam serta cuaca tak menentu. Longsor salji selalu berlaku dan memang boleh buat pendaki terperangkap atau hilang arah.
8. Manaslu (8,163 meter)
“Gunung Roh” ni terkenal sebab routenya panjang dan curam. Ada juga tragedi pada 2012 di mana 11 pendaki maut akibat longsor. Walaupun indah, ia bukan untuk pendaki biasa-biasa.
9. Nanga Parbat (8,126 meter) antara Gunung Paling Sukar Didaki di Dunia
Kalau Everest tu tinggi, Nanga Parbat ni memang hardcore dan ia digelar “gunung pembunuh”. Dekat Pakistan, muka Rupal Face dia seram gila, tinggi curam gila. Ramai pendaki power pun tak lepas kat sini.
10. Annapurna I (8,091 meter)
Meskipun yang “terendah” dalam senarai, gunung ni paling maut. Statistik kata lebih 30% pendaki maut ketika cuba sampai ke puncak. Tapi bila dah sampai, memang rasa puas hati tahap dewa.
Baca juga:
- Top 10 Tempat Paling Berbahaya Di Dunia Untuk Pelancongan
- TOP 5 Tempat Percutian Paling Murah di Malaysia
Berani Tak Nak Cuba Daki Gunung Paling Bahaya di Dunia Ni?
Setiap gunung dalam senarai ni ada keunikan dan cabaran tersendiri. Dari suhu yang menggigit tulang ke cerun curam yang memerlukan teknik ekstrem, pendakian gunung bukan main-main. Ia tentang keberanian, strategi, dan semangat tak putus asa.
Kalau korang berminat nak mencuba satu hari nanti, pastikan fizikal dan mental dah bersedia. Ingat, gunung tak pernah kejam tapi ia juga tak pernah berkompromi dengan mereka yang tak bersedia.
Dan jika perkongsian artikel ni bantu korang kenali gunung-gunung paling menggerunkan di dunia, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang kaki hiking tu!