Bila kita dah ada kenderaan pertama, ia macam simbol kita dah mula berdikari. Bebas nak gerak ke mana-mana, tak perlu tunggu Grab, tak perlu pinjam kereta abang atau kakak.
Tapi soalan pentingnya – kereta atau motor? Mana satu patut jadi kenderaan pertama anda?
Sebelum buat keputusan, jom kita tengok dari pelbagai sudut. Tak nak nanti menyesal di tengah jalan.
Jom Bincang Pasal Beli Kereta Dulu Sebagai Kenderaan Pertama
Kelebihan Beli Kereta Sebagai Kenderaan Pertama
- Boleh travel jauh dengan lebih selesa. Nak balik kampung atau pergi bercuti? Takde hal.
- Boleh angkut ramai orang dan barang. Ada kawan nak tumpang? Nak pindah barang? Kereta sangat membantu.
- Lebih selamat. Kalau berlaku kemalangan (nauzubillah), perlindungan kereta lebih tinggi berbanding motosikal.
- Selesa tahap maksimum. Air-cond, radio, tempat duduk empuk – semua ada!
Tapi Tak Semua Indah Belaka
- Kos tinggi. Beli kereta memang mahal, belum campur insurans, cukai jalan, minyak dan servis.
- Tersangkut dalam trafik. Terutama waktu puncak, boleh naik darah tunggu jem!
- Cari parking boleh jadi mimpi ngeri. Lagi-lagi kat pusat beli-belah atau kawasan pejabat.
- Maintenance pun tak murah. Tukar tayar, servis enjin – semua ni kosnya boleh tahan.
Sekarang, Jom Kita Borak Tentang Beli Motosikal Sebagai Kenderaan Pertama
Mungkin ada ibu bapa yang tak berapa setuju bila kita kata nak beli motor. Mereka risau – dan jujur, ada sebab munasabah juga. Tapi motosikal pun ada tarikannya.
Kelebihan Miliki Motosikal Sebagai Kenderaan Pertama
- Murah nak beli. Tambah-tambah kalau bajet bawah RM10k, kita dah boleh dapat motor yang cukup elok.
- Lincah di jalan raya. Senang cilok masa jem – memang jimat masa.
- Minyak jimat gila! Best tau, sekali isi RM10 pun minyak dah boleh tahan beberapa hari.
- Servis murah dan senang. Banyak bengkel, kos pun rendah.
- Senang cari parking. Tak perlu pusing satu mall semata-mata nak cari tempat letak kenderaan.
- Best bila menunggang. Feeling angin menerpa muka memang susah nak lawan!
Tapi Ada Juga Kekurangan Beli Motor
- Keselamatan kurang. Kalau jatuh atau eksiden, risiko lebih tinggi.
- Cuaca main peranan. Hujan? Panas terik? Semua tu anda hadapi terus tanpa penutup.
- Boleh bawa dua orang je. Tak sesuai untuk family trip.
- Kurang praktikal untuk perjalanan jauh. Kalau dari KL nak ke JB naik motor, boleh rasa lenguh seharian.
Jadi… Mana Satu Jenis Kenderaan Pertama Sesuai Untuk Anda?
Mudah je – tengok gaya hidup anda. Tanya diri sendiri:
Soalan Penentu
- Perjalanan harian jauh atau dekat?
- Bajet bulanan macam mana?
- Selalu hujan atau cuaca ok je kat tempat anda?
- Perlu angkut barang atau bawa orang lain selalu?
- Ada confident tunggang motor tak?
Baca juga:
- 10 Jenis Kereta Terbaik Tahun 2024: Pilihan Popular dengan Prestasi Unggul
- Honda Civic Facelift 2025 Kini Dilancarkan
Pesanan Akhir Sebelum Beli Kereta atau Beli Motor
- Kalau perjalanan pendek dalam bandar & bajet ketat?
Motor pilihan terbaik. Jimat dan praktikal.
- Kalau perlukan keselesaan & nak guna untuk jangka masa panjang?
Kereta lebih sesuai, walaupun kosnya lebih tinggi.
Apa jua pilihan anda, pastikan ada lesen, patuhi undang-undang, dan utamakan keselamatan. Tak kira naik kereta atau motor – jalan raya bukan tempat nak berlumba, tapi untuk sampai ke destinasi dengan selamat.