The Malaysia Post

Jojo Ghazali Kalah One Fight Night 32, Tapi Komen Netizen Lebih Pedih

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2025 – Dalam suasana penuh tekanan pasca kekalahan, atlet Muay Thai kebangsaan, Johan “Jojo” Ghazali, tampil bersuara lantang melalui satu hantaran di laman Instagram miliknya bagi menjawab kritikan negatif yang diterima susulan perlawanan terbarunya.

Jojo yang dikenali dengan ketangkasan dan semangat juangnya, mengalami kekalahan kedua dalam kerjaya profesional beliau ketika menentang atlet Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, dalam One Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand, malam tadi.

Atlet Muay Thai Malaysia, Jojo Ghazali Jawab Haters Selepas Kalah One Fight Night 32

Meskipun kekalahan adalah sebahagian daripada perjalanan dalam dunia sukan profesional, segelintir penyokong sukan tempatan dilihat melemparkan komen bersifat menjatuhkan moral, yang kemudiannya mendapat perhatian atlet berusia 18 tahun ini.

“Korang jangan harap la nak buat aku koyak dengan komen-komen bahalol korang, tapi aku malu, malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri,” tulis Jojo dalam hantaran tersebut.

Ungkapan tegas itu menandakan kekecewaan beliau bukan kerana kekalahan di gelanggang, tetapi kerana kurangnya sokongan berhemah dari komuniti sukan sendiri, khususnya rakyat Malaysia.

Jojo Ghazali Fokus Pada Diri, Abaikan Komen Negatif Selepas Kekalahan

Jojo turut menegaskan bahawa fokus beliau selepas ini akan lebih tertumpu kepada pembinaan kendiri dan hubungan yang positif bersama penyokong sejati.

“Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul support aku.”

Langkah ini dilihat sebagai strategi mental yang wajar bagi seorang atlet elit, yang bukan sahaja perlu berdepan cabaran fizikal di gelanggang, tetapi juga tekanan psikologi dalam era media sosial yang pantas dan tidak bersempadan.

Baca juga:

Reaksi Balas Netizen Dalam Talian

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada Jojo, membuktikan bahawa masih ramai yang menghargai pengorbanan dan pencapaian beliau.

“Relax Jojo, abai je semua tu. ‘Time’ naik orang sanjung, time jatuh orang kutuk, tu macam lumrah pulak ek. Jalan terus bro. Ada ramai lagi Malaysian yang ‘support’ kau,” ujar seorang pengguna, @Assapiko.

“Relax lah Jojo dengan mulut orang Malaysia. Israel pun koyak kena hentam dengan orang Malaysia,” tambah pengguna @Muhammadaizatismail secara berseloroh.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Cara Daftar Buku Pink di Klinik Kesihatan Malaysia Tahun 2025

Read Next

Anak Tidak Fasih Bahasa Melayu, Ezurin Khyra Akui Kesal Hantar Anak Belajar Luar Negara

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *