The Malaysia Post

Kemelut politik, perubahan kerajaan tidak jejas kes profil tinggi

Kemelut politik yang melanda ketika ini tidak memberi kesan kepada kes berprofil tinggi yang sedang dan akan dibicarakan di mahkamah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata, kes terbabit berada dalam bidang kuasa Peguan Negara dan mahkamah.

“Setakat ini, tidak ada apa-apa perubahan, itu proses undang-undang dan ia bukan proses politik yang mana sudah ditetapkan untuk bicara atau yang sedang berbicara, berjalan seperti biasa.

“Tiada sesiapa yang boleh halang, itu bawah Peguam Negara dan kehakiman,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Deklarasi Kerjasama Strategik antara PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, dekat sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, menjadi satu kesalahan jika mana-mana pihak mengeluarkan arahan supaya kes berkenaan ditutup atau sebagainya.

Kedudukan kes berprofil tinggi termasuk yang membabitkan beberapa pemimpin politik menjadi perhatian ramai sejak perubahan kerajaan Ahad lalu yang mana mereka meminta tidak ada cubaan menutupnya.

Sementara itu, ditanya sama ada akan ada pertukaran dalam PDRM susulan perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan, Abdul Hamid menjelaskan tidak akan berlaku pertukaran jawatan dalam organisasi itu.

Katanya, warga PDRM akan menjalankan tugas seperti biasa mengikut Perlembagaan dan jika ada perubahan atau pertukaran, ia disebabkan ramai pegawai kanan akan menamatkan perkhidmatan pada tahun ini.

Pada majlis itu, PDRM dan Maritim Malaysia memeterai kolaborasi strategik bagi memperkukuhkan keselamatan perairan negara.

Kerjasama berkenaan akan membabitkan perkongsian maklumat, kepakaran, aset, latihan dan modal insan serta operasi bersama.

Abdul Hamid berkata kerjasama itu adalah detik bersejarah untuk PDRM dan akan menjamin keberhasilan kerja serta pelaksanaan tanggungjawab antara kedua-dua pihak.

Baca Juga:  Barisan Nasional Sedia Bertanding Solo di PRN Sabah - Bung Moktar

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan itu memberi faedah kepada negara yang mana kejayaan berganda bakal diraih terutamanya dalam tugasan penting seperti pencerobohan perairan negara dan penyeludupan.

“Paling penting adalah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan mendapat faedah menerusi kerjasama ini,” katanya.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Semua jawatan pimpinan Bersatu di Selangor dilucut serta-merta

Read Next

Ketua Menteri Sabah: Sabah kekal kerajaan negeri pembangkang

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *