Nak bawa mak makan sedap atau bagi dia kejutan manis sempena Hari Ibu? Jangan risau, kami dah senaraikan 13 promosi paling menarik khas untuk sambutan Hari Ibu 2025! Jom tengok mana satu yang korang boleh plan hujung minggu ni!
Senarai 13 Promosi Hari Ibu 2025
1. Las Carretas (Taipan, Subang Jaya)

Nak bawa mak makan makanan Barat dalam suasana cozy? Las Carretas ada set makan malam istimewa Hari Ibu dari 10 hingga 11 Mei! Korang boleh pilih antara salmon Norway atau steak Angus Argentina yang juicy, disajikan dengan sup cendawan, mousse mocha dan minuman panas, semuanya hanya RM135.
- Alamat: No. 21, Jalan USJ 10/1E, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya
- Tempahan: +603-5637 3058
2. Italiannies (Semua Cawangan)

Bawa mak makan Italian food dan dia boleh makan PERCUMA! Beli satu hidangan utama dan ibu korang boleh pilih menu percuma seperti Chicken Bolognese Pizza atau Chicken Piccata.
- Tarikh: 10 – 12 Mei
- Cawangan: Semua Italiannies
- Terhad untuk makan di restoran sahaja. Dua item percuma maksimum setiap meja.
3. The Manhattan FISH MARKET (Semua Cawangan)

Dengan setiap perbelanjaan RM30, korang boleh bagi mak makan Fish ‘N Chips Dory PERCUMA! Atau pilih Black Pepper Crispy Chicken.
- Tarikh: 10 – 11 Mei
- Lokasi: Semua cawangan MFM. Cari cawangan terdekat di sini
4. Inside Scoop (Semua Cawangan + Grab)

Aiskrim special untuk ibu tersayang! Kek Aiskrim Mango Jasmine mereka nampak sedap gila, ada mousse melati, sorbet mangga dan jem mangga. Boleh beli di outlet, dalam talian atau Grab.
- Cawangan: Inside Scoop seluruh Malaysia
- Tempahan online: www.insidescoop.com.my
5. KFC (Kecuali KLIA, Genting, Medini)

Nak makan fried chicken ramai-ramai? KFC tawar Baldi Ayam 9 ketul hanya RM36.90 dan korang boleh kumpul 2X mata ganjaran kalau order melalui aplikasi KFC.
- Tarikh: 9 – 11 Mei
- Lokasi: Semua outlet kecuali KLIA, klia2, Genting Highlands dan Mall of Medini
- Pesan melalui aplikasi KFC untuk lebih reward!
6. Sushi King (Semua Cawangan)

Ada promosi “MA”! Pilih 2 item seperti Unagi Tama Don atau Matcha Ice Cream, dan dapatkan diskaun 50% untuk kedua-duanya. Tapi kena belanja minimum RM60 ya!
- Tarikh: 11 Mei sahaja
- Lokasi: Semua cawangan Sushi King
7. Paris Baguette (Semua Cawangan)

Tulis ucapan paling sweet untuk mak dengan hashtag #DearMomWithLove dan menang kek istimewa seperti Earl Grey Chocolate Mousse. Dua ucapan paling menyentuh hati akan dipilih.
- Tarikh akhir penyertaan: 11 Mei
- Lokasi: Semua outlet Paris Baguette
- Ikuti kempen di Facebook Paris Baguette Malaysia
8. TGI Fridays (Semua Cawangan)

Mak makan PERCUMA bila korang order satu hidangan utama. Sesuai untuk makan malam Hari Ibu.
- Tarikh: 10 – 11 Mei
- Cawangan: Semua TGIF
- Info lanjut: tgifridays.com.my
9. Pizza Hut (Semua Cawangan)

Pizza berbentuk hati khas untuk mak! Dapatkan 1 Hati Pizza dan dapat 2 side dish percuma.
- Tarikh: 7 – 11 Mei
- Cawangan: Semua outlet Pizza Hut
- Order online: www.pizzahut.com.my
10. Secret Recipe (Seluruh Malaysia kecuali AEON Taiping)

Guna kod LOVEMAMA dan dapat RM10 diskaun untuk kek (pickup via SRGO!). Sesuai kalau nak buat kejutan dengan kek kegemaran mak!
- Tarikh: 1 – 31 Mei
- Cawangan: Semua outlet Secret Recipe
- Order melalui SRGO!: secretrecipe.com.my
11. Marrybrown (Semua Cawangan)

Promosi comel! Dua Pinggan Bertuah hanya RM22, boleh share dengan mak tersayang masa lunch.
- Tarikh: 9 – 11 Mei
- Lokasi: Semua outlet Marrybrown
- Maklumat lanjut: marrybrown.com
12. Maria’s Steakcafe (Semua Cawangan)

Special 3-course set menu dan mak akan dapat hadiah eksklusif dari Claire Organics! Sesuai kalau nak makan malam elegan.
- Tarikh: 10 – 11 Mei
- Alamat HQ: Jalan Maarof, Bangsar
- Tempahan: www.marias.com.my
13. The Ice Cream Bar (Semua Cawangan)

Kek aiskrim makgeolli dengan jem strawberi & mousse, nampak mewah dan elegan. Harga RM145 (atau RM185 termasuk 2 pint). Surprise mak korang dengan kek ni!
- Cawangan: Semua outlet The Ice Cream Bar.
- Order online: theicecreambar.com.my
Baca juga:
- 10 Hadiah Hari Guru Paling Rare & Unik Untuk Cikgu Tersayang (2025)
- Hadiah Krismas Paling Popular 2022
Sempena Hari Ibu, Jom Bagi Mak Korang Rasa Dirai Tahun Ni!
Tak kisahlah korang panggil dia mama, umi, ibu, emak atau mummy, Hari Ibu ni, luangkan masa bersama dan manjakan dia dengan salah satu (atau lebih!) promosi menarik ni. Sebab mak korang memang layak rasa disayangi setiap hari!
Jangan lupa follow kami kat Instagram, X, TikTok & Facebook untuk promosi terkini dan berita trending terus ke phone korang!