The Malaysia Post

Tun Mahathir: Nafi krisis politik bermula selepas beliau letak jawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan krisis politik yang berlaku pada ketika ini berpunca selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di blognya, chedet.cc, Dr Mahathir berkata dalam pengakuan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, beliau akui tidak lagi mendapat sokongan daripada penyokongnya.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mendakwa krisis politik bermula apabila saya, Mahathir Mohamad letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Benarkah, tiba-tiba tanpa sebab saya letak jawatan? Saya yang kononnya disokong oleh parti Kerajaan dan parti lawan, termasuk Najib Tun Razak dan beberapa lagi yang sedang dibicara atas tuduhan rasuah menyokong saya? Ini tidak masuk akal.

“Yang benar ialah saya letak jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong saya tidak dapat sokongan dari penyokong saya. Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri,” memetik kenyataan itu.

Susulan itu, Yang Di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatannya, namun pada masa sama diarah memegang jawatan Perdana Menteri buat sementara.

“Siapa yang akan ganti saya. Rakyat bosan dengan orang politik yang lebih utama politik dari pentadbiran yang baik. Saya cadang diadakan satu Kerajaan Nasional yang bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai Kerajaan.

“Orang parti juga akan menyertai Kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka. Tetapi cadangan saya ditolak. Saya pun letak jawatan. Dan berlarutanlah krisis ini. Saya tidak tahu bila ia akan tamat?” soalnya.

Muhyiddin dalam ucapannya semalam menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain sama ada untuk terus menyokong Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti, atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri.

“Jika saya terus menyokong Tun Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan. Berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan dan Pilihanraya umum perlu diadakan,” katanya.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

WhatsApp lancarkan “dark mode” untuk iOS dan Android

Read Next

PM Malaysia: Sumpah Muhyiddin untuk wujudkan kabinet ‘bersih’ boleh ketepikan calon UMNO

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.