Isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Azlan Komeng, iaitu Nur Nilam Ortiz, tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung dakwaan tular bahawa beliau “melarikan diri ke Siam” selepas memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya baru-baru ini.
Menjawab spekulasi netizen, Nilam menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Beliau menjelaskan bahawa kehadirannya di Thailand bukan kerana mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya bertujuan untuk menjaga ibunya.
Isteri Azlan Komeng, Nilam Kini Di Thailand, Jaga Ibu Sakit Tenat
Dalam satu perkongsian video di akaun TikTok miliknya, selebriti Nilam tampil menjelaskan kedudukannya selepas ramai tertanya-tanya mengenai kehilangannya dari media sosial. Dengan nada tenang, Nilam menegaskan bahawa dia tidak ke mana-mana dan kini sedang sibuk menguruskan ibunya yang sedang sakit.
Baca lagi | Jeslina Hashim Bakal Berkahwin dengan Kerabat Diraja
Nilam turut memaklumkan bahawa dia kini berada di sebuah hospital di Thailand, menunggu perkembangan lanjut daripada pihak doktor berkenaan keadaan ibunya. Beliau menjelaskan bahawa rawatan di hospital berkenaan sangat teliti, dan sekiranya kesihatan ibunya stabil, mereka mungkin akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Tambah Nilam lagi, dia dijangka akan berada di Thailand selama seminggu atau lebih, bergantung kepada tahap kesihatan ibunya. Perkongsian ini sekaligus menjawab segala persoalan dan spekulasi mengenai dirinya yang sebelum ini seolah-olah ‘menyepi’ dari radar peminat dan media.
Baca | Dulu Impi Nak Kahwin Adira Semula, Sekarang Datuk Red Pasrah
Netizen Sokong dan Titip Doa Buat Isteri Azlan Komeng, Nilam
Video tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen. Rata-rata warganet melahirkan rasa simpati dan mendoakan agar ibu Nilam segera sembuh.
“Semoga cepat sembuh buat ibu Nilam. Kuatkan semangat, awak dah buat yang terbaik,” tulis seorang pengguna TikTok.
Nilam Fail Fasakh Lepas Azlan Komeng Didakwa Nak Kahwin Lagi
Sebelum ini, rumah tangga pasangan selebriti ini mula menjadi bualan apabila Nilam hadir ke Mahkamah Syariah pada 9 April 2025 dengan berpakaian serba hitam untuk memfailkan permohonan fasakh terhadap Azlan Komeng.
Ia susulan pendedahan Nilam sendiri yang mendakwa Azlan bakal berkahwin untuk kali kedua, yang mengejutkan ramai pihak.
Untuk makluman, pasangan ini telah berkahwin pada 22 Januari 2022, dan perkahwinan mereka sebelum ini sering menjadi perhatian kerana kelihatan sangat bahagia di media sosial.