The Malaysia Post

Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat 2 Mac ini

Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tiada Mesyuarat Khas akan diadakan pada Isnin, 2 Mac ini seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.

Menurut Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, ia berikutan Surat Pemanggilan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Tun Dr Mahathir dan dikemukakan kepadanya tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 11(3).

“Saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) oleh kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) , pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan olehnya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Setakat ini tiada notis dikeluarkan,” katanya.

Susulan itu keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Dewan akan hanya dibuat selepas mendapat titah rasmi daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

71582867405 freesize

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Cubaan Mahathir hapuskan politik perkauman di Malaysia

Read Next

Kerajaan Perpaduan atasi politik kepentingan diri

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *