The Malaysia Post

Kerajaan Tidak Sorok Dokumen Titah Adendum – Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah menyembunyikan dokumen yang dikaitkan dengan Titah Adendum yang didakwa diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi, menegaskan bahawa beliau sendiri tidak pernah melihat atau menerima dokumen tersebut.

“Dokumen yang dimaksudkan itu sejujurnya tidak disorok. Saya sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak pernah menerima, melihat, atau dimaklumkan mengenai dokumen terbabit,” katanya.

Ulas beliau semasa sidang media pasca mesyuarat Kabinet yang diadakan di sini, hari ini.

Penjelasan Lanjut Fahmi Fadzil Mengenai Titah Adendum Najib Razak

Fahmi turut menjelaskan bahawa isu ini berkait rapat dengan Lembaga Pengampunan dan proses perundangan yang sedang berlangsung. Mahkamah Rayuan sebelum ini telah pun memutuskan supaya kes tersebut diserahkan semula kepada Mahkamah Tinggi untuk penilaian lanjut selepas bukti baharu diperoleh.

Menurut Fahmi, kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam setiap tindakan, termasuk isu-isu berkaitan kehakiman dan perundangan serta keperluan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Peguam Negara bagi memastikan sebarang kenyataan atau tindakan tidak akan prejudis terhadap perjalanan kes titah addendum ini.

Baca lagi | Titah Adendum: Hakim Pertikai Sikap Berdiam Diri AGC dalam Kes Tahanan Rumah Najib

Reaksi Terhadap Dakwaan Kerajaan Sorok Dokumen Titah Adendum Najib Razak

Tuduhan bahawa kerajaan menyembunyikan dokumen ini mendapat perhatian meluas di media sosial. Fahmi menegaskan bahawa semua pihak perlu berhati-hati dalam membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses perundangan.

Tambah beliau, semua pihak seharusnya menunggu keputusan rasmi daripada pihak berkuasa yang berkaitan dikeluarkan sebelum membuat sebarang spekulasi lanjut.

Baca lagi | Tiada Arahan Tahanan Rumah Najib, Kata Saifuddin Nasution

Implikasi Isu Titah Adendum Najib Razak Kepada Kerajaan

Pendedahan mengenai Titah Adendum dan dakwaan tahanan rumah untuk bekas Perdana Menteri ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat. Ada pihak yang menyokong keputusan tersebut, manakala ada juga yang mengkritik ia sebagai langkah yang tidak adil.Fahmi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan kehakiman dan menyerahkan sepenuhnya kepada sistem perundangan untuk menentuk

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Pesara Tentera Didakwa Dera Anak Tiri

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.