The Malaysia Post

Pelawak Terkenal Malaysia Kena Penjara 6 Bulan di Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Seorang pelawak terkenal Malaysia kini dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Jeddah, Arab Saudi. Pelawak tersebut ditahan pada Oktober lalu atas kesalahan berkaitan dadah semasa berada di negara itu untuk menunaikan ibadah umrah.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, hukuman penjara terhadap pelawak terkenal itu dijatuhkan selepas perbicaraannya selesai pada November 2024. Ketika ini, individu berkenaan menjalani hukumannya di sebuah penjara di Jeddah.

Pelawak tersebut berkemungkinan besar akan dibebaskan lebih awal daripada tempoh enam bulan yang ditetapkan sekiranya dia menunjukkan tingkah laku yang baik semasa dalam tahanan. Berdasarkan maklumat semasa, dia dijangka dibebaskan selewat-lewatnya pada April 2025.

Kronologi Kes Pelawak Malaysia yang Kena Penjara di Jeddah Kerana Miliki Ganja

Kes ini mula menjadi perhatian apabila Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah pada Oktober lalu. Pelawak tersebut ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Difahamkan, individu ini sedang menunaikan ibadah umrah bersama beberapa rakan ketika insiden berlaku.

Semasa pemeriksaan di lapangan terbang, pihak berkuasa menemui bahan terlarang yang dipercayai ganja dalam simpanannya. Penemuan ini membawa kepada penahanannya dan kemudiannya disusuli dengan perbicaraan di mahkamah.

Bantuan Konsular Selepas Pelawak Terkenal Ditahan Ketika Menunaikan Umrah

Sejak pelawak terkenal Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Arab Saudi, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah pun berusaha memberikan bantuan konsular kepada pelawak berkenaan dengan sewajarnya. Bantuan ini termasuk memastikan hak-haknya sebagai tahanan dihormati dan menawarkan sokongan untuk proses perundangan yang dihadapi.

Baca lagi | Penyanyi Terkenal Yasin Sulaiman Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Kes ini telah menarik perhatian ramai, memandangkan ia melibatkan seorang selebriti terkenal. Penahanan ini bukan sahaja memberi kesan kepada kerjaya pelawak tersebut, tetapi juga mencetuskan perbincangan dalam kalangan masyarakat tentang isu penyalahgunaan dadah dan implikasinya, terutamanya dalam konteks agama dan undang-undang negara asing yang ketat.

Arab Saudi dikenali dengan undang-undang yang sangat tegas terhadap kesalahan berkaitan dadah. Hukuman yang dijatuhkan, termasuk penjara, lazimnya dilakukan tanpa kompromi sebagai usaha pihak berkuasa untuk menangani isu ini.

Baca lagi | Pelawak Terkenal Along Cham Merayu Supaya Dibenarkan Ikat Jamin

Dengan perkembangan terkini, masyarakat kini menanti kepulangan pelawak tersebut setelah tempoh hukuman selesai, sambil berharap isu ini menjadi pengajaran kepada semua, khususnya mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Polis Korea Selatan Serbu Lapangan Terbang Muan dan Pejabat Jeju Air Selepas Nahas Maut Pesawat Jeju Air

Read Next

Permohonan Kerajaan Batal Saman HINDRAF Didengar Hakim Lain pada 14 Mei

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.