The Malaysia Post

Isu Pasang Bendera China di Karnival Lampu LED Bukit Gambir: Penganjur Didesak Bertanggungjawab

BUKIT GAMBIR, 26 Disember – Pemasangan bendera negara China pada replika roket di Karnival Lampu LED yang berlangsung di perkarangan Dewan Serbaguna Bukit Gambir telah mencetuskan kontroversi dan kegelisahan masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Sahrihan Jani, menegaskan bahawa penganjur program perlu lebih sensitif terhadap budaya masyarakat dan berhati-hati dalam memastikan keamanan serta perpaduan negara.

Isu Pasang Bendera China di Karnival Lampu LED Bukit Gambir: ADUN Gambir Beri Amaran kepada Penganjur

Dalam satu kenyataan, Sahrihan menekankan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur yang melanggar garis panduan, termasuk pendakwaan di mahkamah dan penutupan operasi karnival serta membatalkan permit karnival.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan dan pihak berkuasa tempatan atas tindakan profesional mereka dalam menangani isu ini.

Baca lagi | Pihak Penganjur Mohon Maaf Insiden Kibar Bendera China di Teluk Intan

Reaksi Terhadap Isu Pasang Bendera China di Karnival Lampu LED Bukit Gambir

Isu ini mula mendapat perhatian ramai apabila video dan gambar pemasangan bendera China di karnival tersebut tular di media sosial. Sahrihan mengakui telah berhubung dengan Majlis Daerah Tangkak sejak awal untuk menyuarakan kebimbangan masyarakat.

Menurut beliau, pihat terbabit sering memaklumkannya tentang perkembangan siasatan serta tindakan lanjut yang akan dibuat.

Baca lagi | Jangan Main Isu Bendera di Teluk Intan – Syahredzan

Pemuda UMNO Ledang Turut Bertindak Isu Pasang Bendera China di Karnival Lampu LED Bukit Gambir

Pemuda UMNO Bahagian Ledang yang diketuai oleh Zahid Ibrahim telah pun bertindak dengan membuat laporan polis terhadap penganjur karnival. Langkah ini menunjukkan komitmen UMNO dalam mempertahankan maruah dan keselamatan negara.

Ujarnya, UMNO sama sekali tidak akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang akan mencetuskan provokasi dalam isu maruah negara.

Operasi Karnival Lampu LED Bukit Gambir Dihentikan

Difahamkan secara tidak rasmi, karnival ini akan dihentikan operasinya bermula hari ini, 26 Disember. Sahrihan memuji masyarakat Gambir yang terus menjunjung nilai harmoni dan perpaduan.

Katanya, masyarakat Gambir jelas menolak sebarang usaha yang bertentangan dengan semangat perpaduan serta kecintaan terhadap negara.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih atas komen dan keprihatinan masyarakat terhadap isu ini, yang membuktikan sokongan rakyat dalam mempertahankan keamanan negara.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

PDRM Giat Jejak Individu Miliki dan Sebar Bahan Lucah, CSAM

Read Next

33 Terbunuh dalam Rusuhan di Penjara Maputo

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.