The Malaysia Post

PU Azman Dijatuhi Hukuman Penjara 7 Tahun dan Sebatan, Mengaku Salah Amang Seksual Dua Remaja

Pendakwah selebriti terkenal, PU Azman Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. Keputusan itu dibuat selepas tertuduh mengaku bersalah atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lalu.

Hukuman Penjara 7 Tahun dan Sebatan: PU Azman Mengaku Bersalah Atas Empat Pertuduhan

PU Azman, 43, yang kelihatan tenang ketika prosiding, membuat pengakuan bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa. Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut selepas mengambil kira faktor pemberatan kes, fakta kes, rayuan kedua-dua pihak, dan kepentingan awam yang melebihi faktor peribadi tertuduh.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan bagi tiga pertuduhan, manakala lima tahun penjara dan satu sebatan bagi satu lagi pertuduhan. Namun, hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh dijamin pada 9 Oktober lalu.

Selain itu, PU Azman juga diarahkan menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Baca lagi | PU Azman Mengaku Bersalah Melakukan Kelucahan Melampau, Dihukum Penjara 14 Bulan

Kesalahan Amang Seksual Fizikal Terhadap Dua Remaja

Mengikut kertas pertuduhan, PU Azman telah melakukan amang seksual fizikal dengan perbuatan lucah melampau termasuk merangsang dua mangsa lelaki berusia 16 dan 17 tahun. Kesalahan ini dilakukan di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan, Nilai pada 5 Februari dan 6 Julai 2022, antara pukul 8.30 malam hingga 5 pagi.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Baca lagi | PU Azman Dijatuhi Hukuman 24 Tahun Penjara dan Dua Sebatan atas Kes Amang Seksual

Rayuan Pihak Pembelaan Terhadap PU Azman

Peguam tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah, merayu hukuman diringankan dengan alasan PU Azman adalah seorang duda yang sebelum ini menjadi pendakwah selebriti dan punca pendapatannya adalah dengan menyampaikan ilmu agama.

Bagaimanapun, mahkamah menolak rayuan tersebut setelah mempertimbangkan kepentingan awam dan kesan serius terhadap mangsa.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Letupan Skuter Elektrik di Moscow Bunuh Jeneral Rusia Rusia Igor Kirillov

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.