The Malaysia Post

Gangguan ChatGPT: OpenAI Umumkan Pemulihan Sebahagian API dan Trafik

OpenAI, yang terkenal dengan chatbot ChatGPTnya, mengalami gangguan besar pada pagi ini, menjejaskan pengguna percuma dan berbayar di seluruh dunia. Laporan awal daripada Downdetector, platform yang mengesan gangguan berdasarkan laporan pengguna, menunjukkan peningkatan mendadak aduan tidak dapat mengakses ChatGPT.

Perkhidmatan ChatGPT, termasuk versi percuma, ‘Plus’ ($20 sebulan), dan ‘Premium’ ($200 sebulan), dilaporkan tergendala secara meluas. Pengguna melaporkan masalah log masuk perlahan, prestasi yang merosot, dan kegagalan API.

OpenAI: Laporan Gangguan ChatGPT

Menurut laman web pemantauan DownDetector.com, dilaporkan 2,483 laporan telah diterima setakat pukul 11.42 malam tadi. Pengguna yang berdepan masalah melaporkan gangguan yang meluas kepada perkhidmatan OpenAI – termasuk beberapa pengguna yang telah membayar perkhidmatan yang dipertingkatkan atau ‘premium’ melalui langganan dan perniagaan yang mana mereka bergantung pada API OpenAI untuk projek yang sedang dikendali mereka.

Setakat ini, OpenAI berkata pihaknya telah mengenal pasti isu yang menyebabkan perkhidmatan API, ChatGPT dan Sora terjejas. Syarikat itu kini sedang melakukan kerja membaikpulih sistem untuk menyelesaikan gangguan yang berlaku dalam perkhidmatan mereka. Dalam kemas kini terkini, OpenAI memaklum pihaknya melihat keadaan kini menjadi lebih baik apabila berjaya mengenal pasti “laluan kepada pemulihan” hanya di bawah dua jam sejak ia mula-mula mengakui masalah, dan mendakwa beberapa lalu lintas telah kembali normal seperti biasa.

Baca lagi | 20 Pekerjaan Bakal Hilang Diganti Oleh OpenAI ChatGPT

Kenyataan Rasmi OpenAI

OpenAI telah mengeluarkan beberapa kenyataan rasmi berkenaan dengan gangguan perkhidmatan yang dialami oleh platform mereka. Pada mulanya, mereka mengesahkan terdapat masalah dengan panggilan API dan kesukaran untuk log masuk ke platform dan ChatGPT. Mereka menyatakan telah mengenal pasti isu tersebut dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya.

Beberapa jam kemudian, OpenAI mengemas kini kenyataan, mengesahkan bahawa ChatGPT, Sora, dan API masih tidak berfungsi. Mereka memaklumkan bahawa pemulihan sedang dilaksanakan dan mereka berusaha untuk mengembalikan perkhidmatan ke keadaan normal secepat mungkin, sambil memohon maaf atas gangguan tersebut.

Tidak lama selepas itu, OpenAI memberi perkembangan terbaru bahawa trafik API dan ChatGPT telah dipulihkan sebahagiannya, namun Sora masih tidak berfungsi. Walaupun OpenAI memberi jaminan bahawa isu ini sedang ditangani, punca sebenar gangguan tersebut masih belum dijelaskan.

Baca lagi | Sora: Model Teks-ke-Video Terbaru Dari OpenAI Kini Tersedia Untuk Pengguna ChatGPT Plus dan Pro

Impak Global Isu Gangguan OpenAI Termasuk ChatGPT

Gangguan ini, yang bermula sekitar tengah malam waktu UK (7 malam waktu AS), berpotensi menjejaskan berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Pengguna GPTPro, yang bergantung pada platform ini untuk perniagaan, turut melaporkan bahawa mereka tidak dapat menggunakannya sepenuhnya.

Di Twitter, OpenAI menerima hujan aduan daripada pengguna yang mempersoalkan bila masalah ini akan selesai. Namun, sehingga kini, tiada anggaran masa pemulihan sepenuhnya diumumkan.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Kekal atau Keluar? Kedudukan DAP Sabah dalam Kerajaan Negeri Bakal Dibincang

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.