The Malaysia Post

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Bung Moktar Radin, Zizie Izette Diperintah Mahkamah untuk Bela Diri

PUTRAJAYA, 18 November 2024 – Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad, telah diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan RM2.8 juta. Keputusan ini dikendalikan oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin.

Kes Rasuah RM2.8 juta: Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap Bung Moktar, Zizie Izette

Panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 September 2023, yang sebelum ini membebaskan pasangan tersebut. Kes ini akan dirujuk semula ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk perbicaraan lanjut.

Menurut pertuduhan, kesalahan tersebut melibatkan kelulusan pelaburan Felcra bernilai RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Baca lagi | Bung Moktar, Zizie Izette Bebas Kes Rasuah 2.8 Juta

Pertuduhan Kes Rasuah RM2.8 juta Terhadap Bung Moktar

  1. Pertuduhan Pertama: Bung Moktar didakwa menerima wang tunai RM2.2 juta melalui isterinya, Zizie Izette, daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, sebagai ganjaran untuk meluluskan pelaburan tersebut.
  2. Pertuduhan Kedua: Beliau juga didakwa telah menerima suapan RM262,500 yang mana ia disalurkan ke akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) atas nama isterinya, Zizie Izette.
  3. Pertuduhan Ketiga: Suapan sebanyak RM337,500 pula didakwa diterima melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ), juga atas nama isterinya.

Semua pertuduhan ini didakwa dilakukan pada Jun 2015 di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pertuduhan Kes Rasuah RM2.8 jutaTerhadap Zizie Izette

Zizie Izette, seorang pelakon terkenal, menghadapi tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya dalam kes yang sama. Walau bagaimanapun, Zizie Izette mengaku tidak bersalah dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan, jika beliau disabit kesalahan.

Kes Rasuah RM2.8 juta: Reaksi Bung Moktar dan Isterinya, Zizie Izette

Selepas prosiding di Mahkamah Rayuan, Bung Moktar menyatakan kesediaan untuk membela diri dan sudah bersedia untuk turun naik mahkamah.

Baca lagi | Bung Moktar dan isteri Zizie perbicaraan rasuah

Akta SPRM 2009

Pendakwaan terhadap pasangan ini dibuat di bawah Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Read Previous

Jun Hao Lakar Sejarah Mara ke Final Masters Jepun 2024

Read Next

Malaysia, Brazil Komited Ke Arah Sistem Pelbagai Hala yang Lebih Dinamik

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.