Seorang wanita yang pulih daripada kanser payudara tetapi tidak subur ekoran kesan rawatan kimoterapi telah berjaya melahirkan anak.
Ia dianggap sebagai pencapaian pertama yang bersejarah dalam penemuan reproduktif sains melibatkan seseorang pesakit muda yang baru pulih daripada penyakit barah.
Wanita tempatan berusia 34 tahun itu selamat melahirkan anak selepas menjalani proses membeku, mencairkan dan mensenyawakan telur matangnya menerusi proses In Vitro Maturation (IVM) dalam tabung uji makmal.
Ia didedahkan menerusi satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Annals of Oncology.’
Wanita berkenaan sebelum itu telah didiagnosis dengan penyakit barah payudara ketika berusia 29 tahun.
Para doktor dan saintis perubatan telah berjuang selama bertahun-tahun untuk mengekalkan kesubutan terhadap pesakit kanser muda dengan beberapa pilihan yang tersedia ada untuk pesakit.
Satu pilihan adalah untuk mengeluarkan tisu ovari yang mengandungi telur yang tidak matang sebelum ia dibekukan untuk kegunaan masa depan.
Bagaimanapun, wanita itu menganggap prosedur itu terlalu invasif akibat rawatan kanser yang sedang dijalaninya ketika itu, kata Ketua Jabatan Pemeliharaan Kesuburan Hospital Universiti, Antoine Beclere Michael Grynberg di Paris.
Sebaliknya, wanita itu memberanikan diri dan memilih untuk menjalani kaedah IVM.
Rentetan itu sebelum memulakan rawatan kanser, doktor telah mengeluarkan telur matang (ovum) dari ovari wanita itu dan membekukannya dalam nitrogen cair di makmal.
Kemudian telur itu berkembang dan membesar menerusi persenyawaan di dalam tabung uji makmal.
Lima tahun selepas menjalani kaedah IVM, wanita yang identitinya tidak didedahkan itu telah pulih sepenuhnya daripada kanser tetapi mendapati dirinya tidak subur disebabkan kesan kimoterapi dan tidak dapat hamil secara semula jadi selama setahun.
Menggunakan hormon menyebabkan mereka menghasilkan lebih banyak telur tetapi ada kemungkinan ia boleh mengakibatkan kanser berulang.
Oleh yang demikian, para dotor mencairkam telur ovum yang tidak matang itu sebelum disuburkan dan mencampurkannya dengan sperma menerusi suntikan untuk proses persenyawaan dalam makmal sebelum memindahkan embrio peringkat awal ke dalam rahim wanita tersebut.
Maka akhirnya wanita itu berjaya disahkan hamil sebelum melahirkan bayi lelaki yang sihat dan dinamakan Jules pada Julai lalu.
“Kami gembira wanita itu hamil tanpa sebarang masalah dan berjaya melahirkan anak yang sihat.
“Kejayaan ini adalah satu pencapaian unik dan julung kali dalam bidang pemeliharaan kesuburan,” kata Grynberg dalam kenyataan media.
Rekod menunjukkan tiada seorang pun pesakit kanser yang berjaya hamil dan melahirkan anak menggunakan telur yang dibekukan dan dimatangan dengan kaedah IVM.
Paling penting adalah apabila telur pesakit dikeluarkan, ia segera disenyawakan di makmal dan dimasukkan ke dalam rahim tanpa pembekuan dengan kadar segera.
Kebiasaannya apabila seseorang wanita menggunakan persenyawaan menerusi kaedah In Vitro untuk menghamilkan anak, telur tidak matang dibuang kerana terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa mereka boleh dibekukan, dicairkan dan dimatangkan dalam makmal, menurut hasil penemuan ahli endokrinologi reproduktif yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat, Aimee Eyvazzadeh pada tahun 2018.
Sebelum ini para penyelidik telah mencuba dan sedikit kajian dilakukan tetapi ia hanya mendapat sedikit kejayaan.
Dalam satu kajian pada tahun 2018, para saintis di Amerika Syarikat dan Britain memindahkan telur dan menanam di dalam makmal tetapi telur itu kelihatan mempunyai banyak kelainan atau abnormal.
Namun untuk mencapai kejayaan dalam usaha ini adalah satu game changer dalam bidang perubatan kata Eyvazzadeh.
Sekarang ia sudah menjadi kenyataan dan walapun teknik atau kaedah ini bukan pilihan biasa wanita atau berkesan, ia menyediakan pilihan kedua yang sangat diperlukan untuk pesakit kanser yang menghadapi komplikasi kesuburan dan merupakan langkah ke hadapan yang luar biasa dalam bidang penyelidikan persenyawaan.