The Malaysia Post

Skuad badminton wanita negara berikan saingan sengit kepada Jepun

Walaupun skuad badminton wanita tewas kepada pasukan Jepun dalam aksi Kumpulan W, Kejohanan Berpasukan Asia di Manila, Filipina, tetapi setidak-tidaknya pemain badminton wanita negara mampu memberikan saingan sengit kepada lawan.

Skuad badminton negara tewas 2-3 di tangan Jepun dalam peringkat kumpulan, petang tadi. Soniia Cheah dan S. Kisona memberikan aksi sengit dalam perlawanan.

Soniia mencuri tumpuan dengan menumbangkan pemain nombor tiga dunia, Akane Yamaguchi manakala Kisona mengejutkan Aya Ohori.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini. Saya juga bangga dengan semangat juang tinggi ditunjukkan semua pemain biarpun secara keseluruhannya pasukan kami lebih lemah berbanding mereka.

“Saya belajar sesuatu sepanjang latihan di Thailand, tetapi bimbingan jurulatih (Datuk Tey Seu Bock dan Loh Wei Sheng) adalah yang paling utama. Jurulatih banyak membantu dan melatih saya dengan baik sekali,” kata Soniia yang menghuni ranking ke-31 dunia.

Terdahulu, Soniia yang turun sebagai perseorangan pertama meletakkan skuad negara di depan hasil kemenangannya menundukkan Yamaguchi 21-16, 13-21, 21-18.

Bagaimanapun, Jepun kembali menyamakan kedudukan menerusi pasangan beregu mereka, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota yang menewaskan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean 21-11, 21-15 sebelum perseorangan kedua, Sayaka Takahashi meletakkan pasukan itu di depan menerusi kemenangan ke atas Goh Jin Wei 21-18, 21-12.

Skuad Jepun meraih mata ketiga menerusi beregu kedua, Nami Matsuyama-Chiharu Shida yang menundukkan pasangan muda negara, Pearly Tan-M Thinaah 21-15, 18-21, 16-21.

Walaupun Jepun sudah mengesahkan kemenangan awal namun Kisona yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 dan sekadar menghuni ranking ke-105 dunia sekali lagi membuktikan sentuhan ‘magisnya’ apabila menewaskan pemain di ranking ke-19, Ohori 21-14, 21-13.

Baca Juga:  Kelab Vietnam Jadikan Pemain Warisan Eropah Senjata Baharu

Kemenangan menyaksikan Jepun mara ke suku akhir sebagai juara Kumpulan W manakala Malaysia yang turut ke kelompok lapan terbaik sekadar naib juara.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Dakwaan akuan sumpah sokong PM hanya khabar angin, Saifuddin Nasution

Read Next

Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah dipecat

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *