The Malaysia Post

Bahan nuklear tidak akan di guna sebagai sumber tenaga diperbaharui di Malaysia

CYBERJAYA: Malaysia tidak akan mengguna bahan nuklear sebagai sumber tenaga diperbaharui sehingga terdapat cara selamat untuk melupuskan sisa radioaktif yang dijana, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menegaskan Malaysia tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi dalam bidang itu untuk menanganinya.

“Pengetahuan kita dalam sains tidak mencukupi. Kita tidak tahu bagaimana untuk melupuskannya.

Jika anda ada loji tenaga nuklear, anda akan mengumpul sisa nuklear yang merupakan radioaktif dan sehingga kini mereka tidak tahu bagaimana untuk terbalikkan proses itu. Sebab itu kenapa kita tidak boleh guna bahan nuklear kerana ia akan kekal selama berjuta-juta tahun.

”Kita tidak mahu negara ini dipenuhi dengan sisa yang dibuang di serata tempat dan menjejaskan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan komuniti perniagaan Perancis di Malaysia, di sini, hari ini.

Dr Mahathir pada dialog itu ditanya berhubung visi Malaysia mengenai sumber tenaga boleh diperbaharui, selepas ikrar dibuat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin bahawa Malaysia akan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kepada 20 peratus menjelang 2025.

Malaysia sedang berusaha mengurangkan penggunaan sumber tenaga tradisional seperti minyak, gas dan arang batu untuk mengurangkan kadar pencemaran udara.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Pakatan Nasional boleh timbulkan permusuhan – Lim Guan Eng

Read Next

Koronavirus: Angka korban di China meningkat 910 orang

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *