Skip to main content

The Malaysia Post

Krisis Air: Pulau Pinang Perlu Tutup Baraj Untuk Dapatkan Air Dari Empangan – Sanusi

Kerajaan negeri mendapatkan nasihat teknikal daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan MADA berkenaan dengan pelepasan air dari Empangan Muda dan Empangan Beris untuk memenuhi keperluan air domestik di Kedah dan Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyatakan bahawa pelepasan air tersebut memerlukan kerjasama Pulau Pinang untuk menutup baraj agar air yang dilepaskan tidak mengalir ke laut.

Sanusi turut menjelaskan untuk masalah isu air surut di Sungai Muda, berkenaan terdapat kaedah untuk menanganinya iaitu dengan melepaskan air dari takungan di Empangan Beris dan Muda.

Keputusan untuk pelepasan tersebut juga perlu merujuk kepada nasihat teknikal MADA serta JPS dan sekiranya ia diperlukan, permohonan untuk melepaskan air akan dibuat.

Baca lagi | “Rakyat boleh nilai sendiri” – Sanusi

Baraj di Pulau Pinang Perlu Ditutup

Malah katanya lagi selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah Peringkat Daerah Kuala Muda, walau bagaimanapun, jika baraj di Pulau Pinang tidak ditutup, akan berlaku masalah ketika pelepasan air dilakukan.

Air empangan yang disalirkan akan terus keluar menuju ke laut apabila baraj tidak ditutup. Jelas beliau, sekiranya Pulau Pinang inginkan bekalan air dari empangan tersebut, baraj perlulah ditutup terlebih dahulu supaya air tidak keluar ke laut.

Selain itu, Menteri Besar Kedah itu juga sempat mengulas mengenai laporan bahawa terdapat lebih kurang 251,800 akaun pengguna di daerah Kuala Muda, Kulim, manakala sebahagian lagi di kawasan Baling yang terjejas akibat penurunan mendadak paras air di Sungai Muda.

Baca lagi | 7 Tempat Menarik Di Kedah Wajib Anda Lawat

Pelbagai Langkah dan Pendekatan Diambil Tangani Krisis Air

Jelas beliau, sehingga sekarang ini kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah dan pendekatan drastik untuk menangani dan bersiap sedia menghadapi gangguan air yang terjadi disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino.

Baca Juga:  Ahli Parlimen pembangkang menggesa tindakan berhubung dakwaan pemilikan saham ketua SPRM

Fenomena ini dijangka akan berpanjangan sehingga bulan Julai nanti. Sementara itu, Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam kenyataan menyatakan bahawa gangguan bekalan air bermula pada jam 7.45 pagi hari ini akibat penghentian operasi Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal dan LRA Kulim Hi-Tech yang dijangka berlangsung sehingga paras Sungai Muda kembali stabil.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Gabungan Dengan Perikatan Nasional, Pejuang Akan Mohon Semula

Read Next

Jom Kenali 15 Tempat Menarik Di Sekinchan Paling Popular

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *