The Malaysia Post

8 rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Delhi, disyaki peserta acara Tablighi Jamaat

Walaupun kerajaan Malaysia sudah melarang sebarang penyertaan acara yang melibatkan orang ramai berkumpul, tetapi masih ada yang berdegil dengan arahan ini. Malahan, mereka yang degil ini sanggup mengingkari arahan dengan menyertai acara keagamaan di luar negara, iaitu acara Tablighi Jamaat.

Tablighi Jamaat merupakan satu pergerakan ‘missionary’ Islam yang memfokuskan supaya umat Islam kembali untuk mempraktikkan agama mereka dari pelbagai segi – sembahyang, pemakaian dan sikap umat Islam.

Pertubuhan ini dianggap sebagai salah satu pergerakan keagamaan yang paling berpengaruh kerana acara ini menarik ramai pengikut, iaitu dianggarkan antara 12 juta ke 80 juta di seluruh dunia, majoritinya dari Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Markaz Nizamuddin menjadi titik panas penularan wabak COVID-19 selepas menjangkiti sepertiga kes di India.

Terbaharu, lapan individu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, di New Delhi, India pada Ahad (5 April). Lapan individu ini dikenalpasti sebagai rakyat Malaysia dan disyaki cuba untuk balik semula ke Malaysia, dengan menaiki penerbangan khas.

Sumber melaporkan mereka semua adalah merupakan sebahagian daripada peserta yang menghadiri acara perhimpunan Tablighi Jamaat, yang berlangsung di Nizamuddin, kawasan kejirananan Delhi yang penuh sejarah.

Walaupun penerbangan antarabangsa tidak beroperasi, penerbangan khas sedang dikendalikan oleh sesetengah negara, termasuk Malaysia untuk membawa pulang warga negara mereka yang terkandas di negara berkenaan. Lapan rakyat Malaysia ini cuba menaiki penerbangan bantuan Malindo Air untuk pulang ke Malaysia, walaupun semua penerbangan para penumpang digantung disebabkan lockdown yang dilaksanakan di negara tersebut.

Kesemua mereka ini telah ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen di lapangan terbang itu dan diserahkan kepada pihak polis Delhi. Selain itu, mereka juga akan dihantar ke Jabatan Kesihatan untuk siasatan lanjut berhubung pemeriksaan jangkitan COVID-19.

Sebahagian peserta yang menghadiri acara Tablighi Jamaat di Nizamuddin

Nizamuddin telah ditandakan sebagai titik panas bagi pusat penyebaran COVID-19. Dilaporkan sekurang-kurangnya 1,023 kes COVID-19 yang tersebar sehingga 17 negeri di India, telah dikesan berpunca daripada para jemaah Tablighi Jamaat. Jumlah kes itu menyumbangkan kepada satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kes di India, yang sudh mencapai 3,374 kes sehingga pagi Ahad. Beberapa kematian yang dilaporkan juga telah dikaitkan dengan perhimpunan acara itu.

Dianggarkan kira-kira 9,000 peserta dari pelbagai negara menghadiri acara perhimpunan agama yang dihoskan oleh Tablighi Jamaat bulan lalu. Mereka ini kemudiannya bergerak ke pelbagai bahagian negara itu, yang membawa kepada peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Fasa teknologi baharu selepas krisis COVID-19

Read Next

Maritim Malaysia tahan sebuah bot, bawa 202 etnik Rohingya ke Langkawi

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.