Menurunkan berat badan tidak semestinya memerlukan anda ke gim atau membeli alat senaman yang mahal. Ramai yang berjaya kurus hanya dengan melakukan senaman kurus badan ringkas di rumah secara konsisten.
Kunci utama adalah konsistensi, disiplin, dan gabungan pemakanan seimbang.Artikel ini akan kongsikan 5 jenis senaman kurus badan paling mudah yang anda boleh amalkan di rumah, sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan.
TOP 5 Senaman Kurus Badan Paling Mudah
1. Lompatan Tali Bayangan (Imaginary Skipping)
Walaupun tiada tali skipping, anda masih boleh buat pergerakan yang sama untuk merangsang jantung dan membakar kalori dengan cepat.
Cara melakukannya:
- Berdiri tegak, kaki sedikit terbuka.
- Lompat secara berterusan seolah-olah anda menggunakan tali.
- Ayunkan tangan seperti gaya skipping sebenar.
Durasi: 1 minit setiap set, ulang 3-4 set.
Manfaat:
- Membakar kalori.
- Melatih stamina.
- Mengurangkan lemak badan.
2. Duduk Bangun Dinding (Wall Sit)
Ini adalah senaman statik yang sangat bagus untuk menguatkan kaki dan otot punggung.
Cara melakukannya:
- Berdiri tegak membelakangi dinding.
- Turunkan badan sehingga posisi seolah-olah sedang duduk.
- Pastikan lutut 90 darjah dan tahan.
Durasi: Tahan selama 30-60 saat. Ulang 3 kali.
Manfaat:
- Tegangkan otot kaki.
- Baiki postur badan.
- Bakar kalori secara pasif.
3. Tekan Tubi Modifikasi (Modified Push-Up)
Sesuai untuk wanita atau mereka yang baru bermula, push-up versi lutut ini membantu membina otot lengan, bahu, dan dada.
Cara melakukannya:
- Letakkan lutut dan tapak tangan di lantai.
- Turunkan badan sehingga dada hampir ke lantai.
- Tolak semula ke atas.
Ulangan: 10-12 kali setiap set. Buat 3 set.
Manfaat:
- Kuatkan bahu dan lengan.
- Bantu bakar lemak bahagian atas badan.
- Tingkatkan kekuatan otot.
4. Senaman ‘Mountain Climber’ Tanpa Peralatan
Senaman ini menyerupai gerakan memanjat gunung dan sangat efektif untuk menurunkan berat serta melatih stamina.
Cara melakukannya:
- Mula dalam posisi tekan tubi.
- Gerakkan lutut kanan ke dada, kemudian kiri secara bergilir-gilir.
- Lakukan dengan pantas dan terkawal.
Durasi: 30-45 saat. Ulang 3 kali.
Manfaat:
- Bakar lemak seluruh badan.Fokus pada bahagian perut dan kaki.Sesuai untuk kurangkan berat dengan cepat.
5. Latihan Tahan Nafas Perut (Abdominal Bracing)
Senaman statik ini bantu mengaktifkan otot perut dalam dan sesuai dilakukan bila-bila masa.
Cara melakukannya:
- Berdiri atau duduk tegak.
- Tarik nafas dalam-dalam dan ketatkan otot perut seperti sedang menarik perut ke dalam.
- Tahan selama 10-20 saat.
Ulangan: 5 kali sehari.
Manfaat:.
- Kempiskan perut.
- Baiki kawalan otot perut.
- Boleh dilakukan semasa duduk di tempat kerja.
Tips Tambahan untuk Kurus Badan Lebih Cepat
Minum air kosong secukupnya (minima 2 liter sehari). Elakkan makanan bergoreng & bergula tinggi.Tidur yang cukup bantu bakar lemak secara semula jadi.Lakukan senaman 3–5 kali seminggu secara konsisten.
Baca juga:
- 10 Cara Menurunkan Gula dalam Darah dengan Berkesan
- Khairy: Gaya hidup sihat adalah ideal, tetapi kekal sebagai cabaran bagi kebanyakan rakyat Malaysia
Tiada alasan lagi untuk tidak sihat atau tidak kurus. Dengan 5 senaman ringkas di rumah ini, anda boleh turunkan berat badan secara sihat, jimat masa dan tanpa kos mahal. Yang penting, teruskan usaha dan jangan cepat berputus asa!