The Malaysia Post

3 Tips Dr. Asyraf Sam untuk Anda yang Bekerja Syif Malam Kekal Sihat

Dalam dunia yang bergerak 24 jam sehari, pekerjaan syif malam menjadi nadi kepada banyak industri penting daripada barisan hadapan hospital, pasukan keselamatan, hingga ke perkhidmatan penghantaran dan logistik. Namun, di sebalik kepentingan peranan ini, terletak satu hakikat yang sering terabai, impak mendalam kerja syif malam terhadap kesihatan fizikal dan mental.

Tubuh manusia secara semula jadi direka untuk aktif pada siang hari dan berehat pada waktu malam dan apa-apa perubahan yang berlaku kepada ritma biologi ini boleh menjejaskan sistem imun, metabolisme, keseimbangan hormon, dan kesihatan jangka panjang sekiranya tidak ditangani dengan teliti.

Dalam satu perkongsian bermanfaat di Instagram, Dr. Asyraf Sam, seorang pengamal perubatan yang aktif memberi pendedahan berkaitan kesihatan awam, tampil dengan tiga tip utama yang boleh dijadikan panduan harian buat mereka yang terlibat dalam pekerjaan syif malam.

Cara Atasi Masalah Kesihatan Akibat Kerja Syif Malam

1. Tidur Berkualiti Adalah Keutamaan, Bukan Pilihan

Tidur bukan hanya tempoh untuk berehat, ia merupakan proses kritikal di mana tubuh membaiki sel, menyokong fungsi otak, dan mengatur hormon penting. Kekurangan tidur boleh mengakibatkan keletihan kronik, ketidakstabilan emosi, dan penurunan kecekapan kerja.

Dr. Asyraf menekankan, pekerja syif malam harus memberi keutamaan kepada tidur sebaik sahaja tamat syif. Antara kaedah disarankan:

  • Gunakan langsir blackout untuk menghalang cahaya masuk.
  • Elak guna telefon pintar atau peranti bercahaya sebelum anda tidur.
  • Guna penutup mata (eye mask) untuk menggalakkan pengeluaran melatonin sejenis hormon tidur semula jadi.

“Jangan ambil ringan soal tidur. Tanpa rehat yang mencukupi, daya tahan tubuh akan menurun dan emosi mudah terganggu,” katanya.

2. Kawal Pemakanan Pada Waktu Malam

Salah satu tabiat biasa dalam kalangan pekerja syif malam ialah pengambilan snek berkalori tinggi seperti makanan bergoreng, manisan dan minuman berkafein. Menurut Dr. Asyraf, ini boleh mengganggu fungsi penghadaman dan menyebabkan ketidakseimbangan paras gula dalam darah.

Baca Juga:  Penampilan Terbaru Putera William Beri Petunjuk Positif tentang Kesihatan Kate Middleton

Sebaliknya, beliau mencadangkan:

  • Elakkan tabiat snacking secara berlebihan selepas tengah malam.
  • Minum air kosong untuk mengurangkan rasa lapar.
  • Pastikan waktu makan utama tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

Amalan pemakanan sihat ini dapat mengurangkan risiko penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, dan masalah berat badan.

3. Kekalkan Rutin Senaman Meski Sibuk

Walaupun masa terhad, senaman ringan tetap boleh disesuaikan dalam jadual harian. Pergerakan fizikal bukan sahaja meningkatkan kesihatan jantung, tetapi turut mengurangkan stres dan membantu pengeluaran hormon endorfin yang meningkatkan mood.

Antara senaman yang disarankan:

  • Joging ringan
  • Breezewalk di taman
  • Aktiviti mendaki (hiking)
  • Berenang 30 minit setiap sesi

“Jangan tunggu masa lapang untuk bersenam. Kesihatan tidak akan menunggu kita,” ujar Dr. Asyraf.

Baca juga:

Tubuh Adalah Aset Terpenting, Jangan Abai Kesihatan

Ramai individu memilih atau terpaksa bekerja syif malam atas tuntutan ekonomi dan komitmen kerjaya. Namun, menjaga kesihatan harus menjadi agenda utama dalam rutin seharian.

Saranan Dr. Asyraf Sam ini menjadi peringatan bahawa tiada siapa boleh menggantikan tubuh kita. Dalam jangka masa panjang, keutamaan kepada kesihatan akan membawa pulangan jauh lebih besar daripada sekadar pendapatan bulanan.

“Kerjaya boleh diganti. Tapi kesihatan, hanya kita yang bertanggungjawab menjaganya.”

About Azlan Rosdi

1695f153a91e6f09b02e66a9410723f0b533c5171778b73320e93631ad3773e3?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

KJ & Shahril Cari “Uncle Roti” Sampai Jumpa! Apa Kes Ni?

Read Next

Transfermarkt Dedah Nilai Pasaran Pemain Malaysia, Arif Aiman & Luqman Hakim Jadi Tumpuan!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *