The Malaysia Post

Warga Emas Miliki 14 Rekod Jenayah Maut Ditembak Polis di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 8 Mac 2025 – Seorang lelaki warga emas yang mempunyai 14 rekod jenayah dan berkaitan dadah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Taman Molek, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, insiden itu berlaku sekitar jam 3.10 pagi apabila sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sedang menjalankan rondaan khas di kawasan tersebut.

Warga Emas Maut Kena Tembak: Tindakan Mencurigakan Sebelum Insiden Berbalas Tembakan

Menurutnya, unit peronda mengesan seorang lelaki menunggang motosikal jenis Honda Vario dalam keadaan mencurigakan di Jalan Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek. Suspek kemudiannya ditahan di satu lokasi berhampiran bagi pemeriksaan lanjut.

Suspek dilaporkan bertindak agresif dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan serbuan. Demi mempertahankan diri, anggota bertugas membalas tembakan sehingga situasi kembali dalam keadaan terkawal.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 63 tahun itu mengalami kecederaan akibat tembakan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Baca lagi | Anggota APMM Ditembak Kini Stabil, Seorang Suspek Berjaya Dikenal Pasti

Senjata Api dan Peluru Ditemui Bersama Suspek Warga Emas

Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson yang dipercayai digunakan suspek dalam serangan terhadap pihak polis. Selain itu, sebanyak empat butir peluru hidup dan dua kelongsong peluru turut dijumpai berhampiran mayat suspek.

Siasatan rekod jenayah mendapati lelaki tersebut memiliki 14 rekod kesalahan jenayah dan dadah, termasuk:

  • Satu kes di bawah Akta Senjata 1960.
  • Satu kes jenayah yang masih dalam senarai individu dikehendaki polis.
  • Manakala satu kes lagi di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Suspek dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuk pengedaran dadah dan memiliki sejarah jenayah berkaitan senjata api.

Baca lagi | Penarik Kereta Ditembak Mati Setelah Berbalas Tembakan di Kota Bharu

Kes Warga Emas Miliki 14 Rekod Jenayah Maut Kena Tembak Disiasat Di Bawah Akta Senjata Api dan Kanun Keseksaan

Polis kini menyiasat kes ini di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana menggunakan senjata api ketika melakukan jenayah berjadual.

Dalam pada itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti jenayah atau penyalahgunaan dadah supaya menyalurkan maklumat ke talian hotline 019-2792095 atau menghubungi Bilik Gerakan IPK Johor di 07-2212999.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Naik Flight? Pastikan Anda Tahu Peraturan Baru Power Bank oleh AirAsia & Thai Airways

Read Next

DOSM Wakili Malaysia di UNSC56, New York

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *