The Malaysia Post

Viper Mini – Tetikus ‘Gaming’ Terbaru Dan Paling Ringan Dari Razer

Pengeluar aksesori komputer terkemuka, Razer baru sahaja mengumumkan kehadiran model terbaru tetikus berprestasi tinggi untuk pemain tegar permainan komputer, iaitu Razer Viper Mini.

Viper Mini juga adalah tetikus yang paling ringan dihasilkan Razer dan disyorkan kepada pengguna yang mempunyai tapak tangan bersaiz kecil.

“Disyorkan kepada pemain dengan saiz tapak tangan kecil dan sederhana, tetikus permainan komputer ‘ultra-teringan’ sangat sesuai untuk mereka yang sangat berminat dengan stail cengkaman atau cekaman hujung jari,” Razer.

Razer Viper Mini hanya selebar 53.5mm, panjangnya hanyalah 118.3mm, tinggi 38.3mm dan hanya seberat 61g (tidak termasuk kabel). Selain itu, ia dilengkapi dengan sesor optikal 8,500DPI, kelajuan penjejakan sehingga 300 inci/saat serta ciri memori  yang membolehkan pengguna menetapkan arahan tertentu pada tetikustersebut.

Juga sudah tentulah tidak dilupa pakej sokongan efek warna RGB. Tetikus Razer Viper Mini sudah mula berada dipasaran yang dijual pada harga RM199.00. Untuk info lebih lanjut, layari laman muka rasmi mereka.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Malaysia Airlines, AirAsia potong gaji tangani kesan COVID-19

Read Next

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) isytihar COVID-19 sebagai pandemik

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *