The Malaysia Post

Top 5 Kuih Raya Paling Popular Di Malaysia

Dua minggu atau seminggu sebelum menjelang Aidilfitri, ada satu perkara yang boleh dikatakan wajib disiapkan sebelum tibanya raya. Apa dia? Sudah tentulah kuih raya.

Bermacam jenis kuih raya tradisional mahupun moden yang menjadi pilihan ramai untuk dihidangkan pada hari raya nanti. Yang penting sedap, rangup dan cair di mulut.

Berapa banyak jenis pun kuih raya yang wujud di Malaysia, tetap ada yang paling popular. Di sini kami rangkumkan top 5 kuih raya yang menjadi pilihan di Malaysia berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Suria.

1.  Tat Nenas

Kuih raya paling popular di kedudukan pertama, tat nenas. Sama sekali tidak mengejutkan. Jem nenas adalah ramuan utama dalam pembuatan kuih raya yang paling popular di Malaysia iaitu Tat Nenas. Sehingga hari ini, Tat Nenas tetap menjadi kegemaran semua orang pada Hari Raya Puasa. Tat Nenas mempunyai banyak versi, ada yang menggunakan jem nenas sebagai inti dalam kuih dan ada juga yang hanya menyalutkan jem nenas di atas permukaan kuih. Walau bagaimanapun, semua bersetuju bahawa semakin banyak jem nenas, semakin sedap kuihnya. Kuih ini pasti akan habis paling cepat selepas raya nanti!

Baca lagi | Sam Ke Ting Dibebaskan

2. Biskut Cornflakes

Tempat kedua pula dimenangi oleh Biskut Cornflakes. Nama cornflakes diambil dari kata emping jagung dalam bahasa Inggeris. Kuih ini tidak wujud pada zaman sebelum adanya ‘Cornflakes’. Namun, sejak dicipta, Biskut Cornflakes ternyata menjadi antara kuih yang paling popular di Malaysia. Gabungan kepingan Cornflakes dengan gula atau madu dan juga tepung menjadikannya antara kuih yang paling mudah untuk dihasilkan dan menjadi rebutan di Hari Raya Aidilfitri. Hal ini kerana, hasil daripada olahan bahan-bahan tersebut menjadikan tekstur biskut berasaskan cornflakes ini menjadi rangup. Ada bermacam resepi  biskut cornflakes kalua anda cari di Google.

3.  Kuih Semperit

Kuih Semperit sangat sinonim dengan perayaan Aidilfitri. Kuih raya tradisional ini sudah lama wujud namun masih menjadi pilihan sehingga hari ini dan boleh dikatakan sebagai kuih yang legend. Hanya dengan adunan pelbagai jenis tepung dan gula yang tepat, kuih ini menjadi kegemaran ramai. Pada zaman dahulu, ia biasanya dihasilkan dalam bentuk bunga, tetapi kini Semeperit datang dalam bentuk empat segi atau kotak-kotak kecil. Memang sedap.

Baca lagi | Sri Pahang FC Menang Tapi Aksi Hambar – Fandi

4. Almond London

Kuih raya yang menggunakan coklat sebagai bahan utamanya biasanya pasti enak, apatah lagi kalau disertakan dengan kacang badam yang rangup. Almond London disukai oleh semua golongan, bukan sahaja dewasa, tetapi juga kanak-kanak kerana kandungan coklatnya yang menyelerakan. Penggunakan bahan coklat gred premium akan menjadikan rasa biskut ini juga semakin menarik. “Bukan biasa-biasa” kata orang, lagi premium bahannya lagi bertambah keenakannya.

5. Biskut Makmur

Tempat kelima kuih raya popular kali ini jatuh kepada Biskut Makmur. Kuih ini berasaskan tepung, aising dan kacang tanah. Teksturnya yang rapuh menyebabkan biskut ini mudah berderai apabila dimakan. Namun, kombinasi rasa kacang dan kemanisan gula aising itu yang membuatkan biskut ini enak. Biarpun ia mudah berderai tika dimakan, ia tetap menjadi antara kuih kegemaran yang akan dihidang di meja hari raya.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Sam Ke Ting Dibebaskan

Read Next

Jari Kelingking Shahronizam Terputus

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.