The Malaysia Post

TOP 5 Hotel Bajet Kuala Lumpur Terbaik 2025 – Murah Tapi Mewah

Kalau sebut sahaja Kuala Lumpur, pasti ramai yang terbayang suasana bandaraya yang sibuk dengan cahaya neon, pusat membeli-belah besar, dan deretan restoran menarik. Tapi kalau anda bercadang untuk bercuti atau bermalam di KL, tak semestinya kena belanja besar. Sebenarnya, ada banyak hotel bajet yang selesa, moden dan strategik untuk anda pilih, sesuai untuk solo traveler, pasangan mahupun keluarga.

Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 hotel bajet terbaik di Kuala Lumpur yang bukan saja murah, malah penuh dengan ciri moden, lokasi strategik, serta review yang mantap dari para tetamu.

TOP 5 Hotel Bajet Kuala Lumpur Terbaik 2025 – Murah Tapi Mewah

Nama HotelLokasiRating (Google)Highlight Utama
MOV HotelBukit Bintang
4.7
Rooftop pool, moden
Sunway PutraPWTC / Mall
4.4
Sesuai keluarga, mewah bajet
Kingston Hotel 12Jalan Raja Laut
4.6
Bilik luas, view LRT
Hotel 28 KLPusat Bandar
4.5
Moden & sarapan sedap
Teedo HotelPusat Bandar4.6Cozy & dekat LRT

*Harga bergantung pada musim & promosi semasa

Senarai Terperinci TOP 5 Hotel Bajet di Kuala Lumpur

1. MOV Hotel – Ikon Moden Bukit Bintang

MOV Hotel

MOV Hotel adalah pilihan terbaik kalau anda nak rasa vibe moden dan stylish tanpa perlu berbelanja besar. Terletak betul-betul di Bukit Bintang, ia memang lokasi “prime” untuk kaki shopping dan food hunter.

MOV Hotel

Kenapa best?

  • Lokasi strategik: 5 minit jalan kaki ke Pavilion & Jalan Alor
  • Rooftop pool dengan view KLCC
  • Bilik moden, bersih dan katil super selesa
  • Staff mesra & sangat membantu

Tak hairanlah hotel ini kerap jadi “best seller” di kalangan pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

2. Sunway Putra Hotel – Bajet Dengan Sentuhan Premium

Walaupun namanya selalu dikaitkan dengan gaya premium, sebenarnya Sunway Putra Hotel menawarkan bilik yang cukup berpatutan untuk pelancong bajet.

Lokasinya juga mantap, betul-betul di seberang PWTC dan berhampiran dengan Sunway Putra Mall.

Highlight menarik:

  • Kakitangan mesra & servis tip top
  • Kolam renang & gym percuma untuk tetamu
  • Bilik luas dan bersih, sesuai untuk keluarga
  • Harga masih mampu milik walaupun gaya mewah

Kalau anda nak rasa pengalaman “affordable luxury”, hotel ini memang kena cuba.

3. Kingston Hotel 12 – Pilihan Simple & Strategik

Nak hotel bajet tapi masih nak bilik luas dan bersih? Kingston Hotel 12 boleh jadi jawapannya. Hotel ini sesuai untuk mereka yang nak penginapan ringkas tetapi tetap selesa.

Kenapa orang suka?

  • Bilik luas dengan pemandangan LRT
  • Harga bajet tapi kualiti memuaskan
  • Staff peramah & senang check-in
  • Dekat dengan transport awam – memang mudah untuk explore KL

Walaupun ada sedikit kekurangan seperti tiada peti sejuk & almari, ramai tetamu masih puas hati sebab biliknya selesa dan lokasi strategik.

4. Hotel 28 Kuala Lumpur – Moden & Bergaya

Kalau anda nak hotel bajet dengan suasana moden, Hotel 28 memang antara yang terbaik. Dari lobi sampai ke bilik, semuanya nampak kemas dan bergaya.

Kelebihan utama:

  • Dekorasi kontemporari & ruang bilik luas
  • Sarapan pagi sedap dengan pilihan tempatan & antarabangsa
  • Staf mesra, cepat beri bantuan & cadangan tempat menarik
  • Lokasi dekat dengan kawasan tarikan popular

Hotel ini sesuai untuk pelancong solo, pasangan ataupun keluarga kecil yang nak rasa “premium touch” dengan harga bajet.

5. Teedo Hotel – Cozy & Mesra Bajet

Akhir sekali, kita ada Teedo Hotel. Walaupun bajet, suasana cozy di hotel ini buatkan ramai tetamu repeat stay.

Kenapa best?

  • Dekat dengan LRT, senang bergerak ke mana-mana
  • Bilik bersih, selesa & ada view menarik
  • Staff ramah dan sentiasa senyum
  • Ada kafe kecil untuk sarapan atau lepak santai

Kalau anda nak penginapan simple tapi penuh dengan hospitality, Teedo Hotel memang tak mengecewakan.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Hotel Bajet Kuala Lumpur

1. Apakah hotel bajet terbaik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur?

MOV Hotel adalah pilihan terbaik kerana lokasinya dekat dengan pusat beli-belah & tempat makan popular.

2. Hotel bajet mana sesuai untuk keluarga?

Sunway Putra Hotel dan Hotel 28 KL sangat sesuai kerana bilik luas dan ada kemudahan tambahan.

3. Berapakah anggaran harga untuk hotel bajet di Kuala Lumpur?

Kebanyakan hotel bajet berkisar antara RM110 hingga RM250 semalam, bergantung pada lokasi & promosi.

4. Adakah hotel bajet di KL dekat dengan LRT atau MRT?

Ya, hampir semua hotel dalam senarai ini berada dekat dengan pengangkutan awam – memudahkan pergerakan tanpa kereta.

5. Hotel mana sesuai untuk pasangan atau solo traveler?

MOV Hotel dan Teedo Hotel sesuai untuk pasangan dan solo traveler yang inginkan keselesaan serta lokasi strategik.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Ini 10 Kemahiran Penting Yang Majikan Paling Cari (Terkini 2025)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *