KUALA LUMPUR, 7 Januari 2025 – Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) hari ini mengesahkan bahawa tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kira-kira 84 kilometer dari Lobuche, Nepal, pada pagi Selasa hari ini.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di Nepal agar sentiasa berwaspada dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Situasi selepas gempa bumi memerlukan perhatian penuh untuk memastikan keselamatan diri dan harta benda.
Langkah Berjaga-jaga untuk Rakyat Malaysia di Nepal Susulan Gempa Bumi
Wisma Putra turut menyeru semua rakyat Malaysia yang kini sedang berada di Nepal untuk:
Melakukan pendaftaran melalui platform E-Konsular – Ini bagi memastikan kehadiran mereka direkodkan bagi memudahkan bantuan jika diperlukan.
Kekal berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Kathmandu – Rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat terkini dan bantuan melalui:
- Telefon: +977-1-5445680 / +977-1-5445681 (pertanyaan umum)
- Talian kecemasan: +977-9801008000
- E-mel: [email protected] (bantuan umum) atau [email protected] (urusan imigresen).
Baca lagi | Jepun Dilanda Tsunami 3 Meter Selepas Gempa Bumi Kuat
Situasi Terkini Gempa Bumi di Nepal dan Tibet
Menurut laporan media antarabangsa, gempa bumi yang lebih kuat berukuran 7.1 magnitud telah melanda wilayah Tibet di China berhampiran sempadan Nepal. Setakat ini, sekurang-kurangnya 53 orang dilaporkan maut akibat gegaran tersebut. Gegaran susulan gempa bumi turut dirasai di beberapa kawasan di India, termasuk Bihar, Assam, dan Bengal Barat.
Orang ramai di Nepal, termasuk di Kathmandu, dilaporkan keluar dari bangunan dan berkumpul di kawasan lapang berikutan gegaran yang dirasakan. Wisma Putra menegaskan komitmennya untuk terus memantau perkembangan terkini dan berkongsi maklumat penting kepada rakyat Malaysia di kawasan terjejas.
Baca lagi | Susulan Gempa Bumi Besar, Perdana Menteri Jepun Isytihar “pertempuran melawan masa”
Komitmen Wisma Putra Susulan Susulan Gempa Bumi
Kementerian Luar Negeri menegaskan usaha mereka dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan bencana diingatkan untuk menghubungi pihak kedutaan sekiranya memerlukan bantuan segera.
Sebarang perkembangan lanjut mengenai tragedi gempa bumi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Wisma Putra untuk tindakan lanjut.