KUALA LUMPUR, 17 Julai 2025 – TikTok Shop Malaysia sekali lagi membuktikan komitmennya dalam memperkasa pengalaman pengguna serta merangsang pertumbuhan sektor e-dagang tempatan melalui pengumuman pelaksanaan Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari bagi produk di bawah TikTok Shop Mall.
TikTok Shop Mall Laksana Polisi Pemulangan Percuma Lebih Panjang
Polisi baharu ini menyaksikan pemanjangan tempoh pemulangan produk berjenama tulen daripada 15 hari kepada 30 hari, sekali gus menjadikan TikTok Shop antara platform e-dagang pertama di Malaysia yang menawarkan fleksibiliti dan perlindungan sedemikian kepada pembeli.
Menurut Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, inisiatif ini bertujuan membina keyakinan pengguna melalui pendekatan yang lebih telus dan mesra pelanggan.
“Keyakinan pengguna merupakan asas kepada pembangunan ekosistem e-dagang yang dinamik, sihat dan mampan. Melalui Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari, kami ingin memberi ruang yang lebih luas kepada pengguna untuk membuat keputusan pembelian yang lebih selesa dan selamat,” jelas beliau.
Polisi Pemulangan Percuma Ini Bukan Sekadar Promosi – Ia Strategi Jangka Panjang TikTok Shop Mall
Berdasarkan dapatan TikTok Shop, lebih 80% pengguna menunjukkan peningkatan dalam niat membeli apabila diberi jaminan pulangan wang dan ketulenan produk. Justeru, langkah ini dilihat sebagai strategi penting dalam membentuk budaya pembelian dalam talian yang lebih progresif dan bertanggungjawab.
Sorotan Polisi Pemulangan Percuma TikTok Shop Mall
Pemulangan Percuma Dalam Tempoh 30 Hari
Pengguna kini mempunyai masa lebih panjang untuk mempertimbangkan pembelian dan membuat pemulangan sekiranya perlu, tanpa tekanan masa.
Jaminan Ketulenan 100%
Hanya produk berjenama tulen yang diiktiraf akan dilindungi, memberikan ketenangan kepada pengguna untuk berbelanja tanpa keraguan.
Kos Pemulangan Ditanggung
Untuk kes pemulangan dengan alasan seperti “tidak diperlukan lagi”, TikTok Shop akan menanggung sepenuhnya kos pemulangan, satu langkah yang benar-benar pro-pengguna.
Perlindungan Buat Penjual TikTok Shop Mall
Polisi ini turut melindungi penjual daripada eksploitasi, di mana permintaan pemulangan yang tidak sah atau barangan yang dikembalikan dalam keadaan rosak boleh ditolak oleh penjual.
Jenama-jenama Utama Di Bawah TikTok Shop Mall
Di bawah senarai jenama yang telah menyertai TikTok Shop Mall dan dilindungi polisi seperti:
- CLEF Beauty
- Dododots
- Christy Ng
- BONIA
- ELGINI
- Lancome
- Pensonic
- PUMA
- Johnson’s Baby
- OGAWA
…dan banyak lagi sebenarnya jenama tempatan serta antarabangsa yang diyakini dan dipercayai pengguna.
Kenal pasti produk yang terlibat melalui lencana “Mall” yang tertera bersebelahan nama produk yang ingin dibeli di TikTok Shop.
Bagaimana Cara Memulangkan Barang?
Sistem pemulangan yang diperkenalkan adalah mudah dan telus. Pengguna hanya perlu ke Halaman Pesanan dalam aplikasi TikTok Shop dan memohon pemulangan dalam masa 30 hari selepas produk diterima.
Selain memberi nilai tambah kepada pengguna, polisi ini juga menyokong pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menyertai TikTok Shop Mall. Dengan tahap kepercayaan pengguna yang lebih tinggi, PMKS dapat mengembangkan jangkauan pasaran dan meningkatkan jualan dengan lebih efisien.
Baca juga:
- Meta, Snap, TikTok Lancarkan Thrive untuk Halang Kandungan Bunuh Diri di Media Sosial
- Ancaman Pengharaman TikTok di AS
TikTok Shop Terus Menjadi Pemacu Inovasi E-Dagang
Sebagai platform yang sentiasa bergerak seiring perubahan digital dan keperluan pelanggan, TikTok Shop dilihat mengambil pendekatan inklusif dalam membina kepercayaan pengguna serta menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih beretika dan bertanggungjawab.
Sedia Berbelanja Dengan Yakin di TikTok Shop Mall?
Kini, pengguna tidak lagi perlu ragu-ragu untuk menekan butang “Add to Cart”. Dengan perlindungan menyeluruh dan polisi pemulangan yang mesra pelanggan, inilah masa terbaik untuk membeli secara digital dengan penuh keyakinan dan tanpa tekanan.
Untuk jenama yang ingin menyertai TikTok Shop Mall, maklumat lanjut boleh didapati di platform Akademi TikTok Shop, termasuk latihan dan peluang pertumbuhan dalam dunia e-dagang.