Ramai penduduk dunia terpaksa berkurung di rumah ekoran perlu menjalani kuarantin diri mahupun lockdown kerana krisis pandemik yang memburuk. Mungkin ramai yang sedang bosan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain hanya perlu bermain dengan telefon pintar mereka.
Di Jepun, sebuah syarikat yang mengeluarkan permainan papan (board game), Beverly telah tampil dengan satu permainan ‘jigsaw puzzle’ yang mampu menguji kesabaran pemain. Permainan jigsaw puzzle yang digelar “Pure Hell” ini dikatakan mempunyai cebisan puzzle terkecil di dunia dengan 2,000 cebisan (micro) puzzle.
Yang menambahkan pening anda, puzzle ini tidak mempunya sebarang imej yang boleh membantu anda menyelesaikan puzzle ini. Sebaliknya, pemain perlu duduk melihat kepada setiap cebis kepingan puzzle kosong itu, mencuba setiap satunya sehingga ianya boleh muat.
Pada kotak permainan papan itu juga disertakan degan pelbagai amaran seperti – “jangan beli ini jika anda seorang beginner,” “18 tahun dan ke atas,” “Raja Neraka paling hebat sudah tiba!”
Puzzle “Pure Hell” ini dijual pada harga ¥3,300 iaitu bersamaan dengan RM 132.00 dan boleh dibeli di webstore Beverly Japan. Permainan puzzle ini juga boleh didapati di laman laman seperti Amazon, eBay, Japanese proxy services dan laman Rakuten.
Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang mencabar dan menguji kesabaran, jigsaw puzzle “Pure Hell” ini pasti mampu membuatkan anda teruja. Cabar diri anda dan lihat sejauh mana kemampuan anda!