Sukan Para Asean ke-10 yang sepatutnya berjadual pada 21-27 Mac 2020 di Filipina ditangguhkan lagi buat kali ke-2 atas kerisauan terhadap penularan wabak koronavirus.
Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina, Michael Barredo menulis kepada Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) meminta penangguhan acara sukan tersebut, dengan memetik kerisauan terhadap ancaman berterusan wabak koronavirus di Filipina.
“Mengambil kira kesihatan publik, keselamatan dan sekuriti, kami menulis dengan penuh hormat memaklumkan bahawa keputusan ahli lembaga adalah jelas memperakukan penangguhan Sukan Para ASEAN 2020, disebabkan risiko kehadiran oleh krisis novel koronavirus,” tulis Barredo di dalam surat tersebut.
Filipina satu-satunya negara di luar China dan Hong Kong yang mencatatkan kematian akibat virus itu.
Kejohanan itu sepatutnya bermula 18 hingga 24 Jan lalu, tetapi ditangguhkan kepada 21 hingga 27 Mac berikutan masalah kewangan dan logistik.
Beliau berkata, Filipina berharap dapat mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan temasya itu diadakan pada Mei atau Jun nanti.