The Malaysia Post

Sambung bicara kes Najib dan Arul Kanda, 15 Jun

Mahkamah Tinggi telah menetapkan penyambungan perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy selama 15 hari bermula 15 Jun depan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 15 hingga 18 Jun, 27 hingga 30 Julai, 10 hingga 13 Ogos dan 24 hingga 26 Ogos untuk perbicaraan kes itu.

Beliau turut mengingatkan pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria dan Nadia Zulkefli supaya menyediakan pernyataan saksi sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh perbicaraan.

Rozaliana berkata lima saksi pendakwaan masih belum disoal balas oleh pihak pembelaan dan 20 saksi lagi akan dipanggil memberi keterangan selepas ditanya.

Setakat ini, seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib diwakili peguam Nur Syahirah Hanapiah sementara Arul Kanda diwakili peguam Datuk N Sivananthan.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

UAE berjaya mencipta teknologi ujian laser coronavirus pantas

Read Next

Ramai Anggota Parlimen didakwa tidur, main telefon semasa ucapan Agong – termasuk Najib dan Zahid

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *