The Malaysia Post

Robot dibangunkan di China bagi memudahkan petugas perubatan tangani COVID-19

Para penyelidik di sebuah universiti terkemuka di China telah membangunkan robot yang dikatakan dapat membantu petugas kesihatan hadapan menyelamatkan nyawa pesakit semasa penularan wabak koronavirus (COVID-19).

Robot buatan penyelidik China itu terdiri daripada lengan robotik di atas roda yang dapat melakukan ultrasound, mengambil sampel ujian mulut, dan meneliti bunyi dari organ pesakit, yang biasanya dilakukan menggunakan alat stetoskop.

Tugas-tugas tersebut kebiasaannya dilakukan secara langsung oleh pihak doktor. Tetapi dengan robot ini, yang dilengkapi dengan kamera, petugas kesihatan tidak perlu berada di dalam ruangan yang sama dengan pesakit COVID-19.

“Semua doktor memang sangat berani. Namun, koronavirus ini terlalu mudah untuk merebak. Kita boleh menggunakan robot untuk melakukan tindakan berisiko seperti ini,” kata profesor di Universiti Tsinghua, Zheng Gangtie, yang juga ketua rekabentuk robot itu.

Menurut Zheng, idea itu muncul sewaktu tibanya Tahun Baru Lunar. Ketika itu Wuhan mula melaksanakan perintah berkurung (lockdown) dan jumlah kes dan kematian akibat COVID-19 meningkat dengan sangat mendadak setiap hari.

Sebagai seorang jurutera, Zheng ingin melakukan sesuatu untuk menyumbangkan kepada usaha bantuan. Semasa Lunar hari pertama, dia mendengar bahawa masalah terbesar adalah petugas kesihatan yang banyak dijangkiti COVID-19.

Dengan mengumpulkan para pasukannya, Zheng mula bekerja menukarkan dua lengan robot mekanik dengan teknologi yang sama yang digunakan di stesen ruang angkasa dan penjelajah bulan. Robot berkenaan hampir keseluruhannya ialah secara automatik. Robot tersebut bahkan dapat mensterilkan diri setelah terlibat secara langsung dengan pesakit koronavirus.  

Pasukan itu kini mempunyai dua robot, yang telah diuji oleh doktor di hospital di Beijing. Satu masih berada di makmal di universiti, tetapi yang satunya lagi berada di Hospital Union Wuhan, di mana doktor mula berlatih untuk menggunakannya.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Prihatin terhadap risiko gorila terdedah koronavirus, taman nasional ditutup

Read Next

COVID-19: Malaysia catat 106 kes baharu, jumlah kes kematian 15 orang

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.