The Malaysia Post

Ringkas, Mudah dan Hijau – Bayar Bil Elektrik dengan Aplikasi myTNB Sekarang!

KUALA LUMPUR – Urusan bil elektrik sekarang dah tak serabut macam dulu! Semua kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat, dan yang paling best – lebih mesra alam jika anda memilih untuk bertukar pembayaran bil elektrik dengan menggunakan aplikasi myTNB.

Sebagai peneraju tenaga negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) semakin agresif memacu usaha digitalisasi dan menjaga kelestarian alam. Salah satu langkah terbaru mereka? Galakkan penggunaan e-bil menggantikan bil bercetak – jimat kertas, jaga alam!

Kenapa Patut Tukar ke e-Bil TNB?

Ramai rakyat Malaysia sekarang lebih celik teknologi. Jadi, tak hairanlah kalau ramai dah mula beralih ke e-bil melalui aplikasi atau portal myTNB, kerana:

  • Menjimatkan masa – anda tak perlu tunggu bil elektrik sampai ke rumah.
  • Lebih selamat – tak risau hilang bil atau salah alamat.
  • Boleh pantau penggunaan elektrik secara real-time.
  • Bayar bil elektrik terus dari aplikasi myTNB yang lebih cepat dan selamat!

Menariknya, aplikasi myTNB yang dibangunkan ini telah direka dengan paparan mesra pengguna, sangat mudah difahami dan senang untuk digunakan oleh semua, tak kira orang muda ataupun yang sudah berusia!

Bayar Bil Elektrik Secara Online Jika Ingin Jaga Alam, Jaga Masa Depan

Ini yang paling menarik – bila anda guna e-bil, anda sebenarnya bantu jaga alam sekitar. Menurut TNB, sekiranya pengguna mula beralih ke e-bil, mereka secara tak langsung menyelamatkan empat batang pokok setahun. Bayangkan kalau berjuta orang buat perkara sama? Besar impaknya!

Baca juga:

Ada Cabaran, Tapi TNB Dah Sedia

Walaupun inisiatif ni bagus, masih ada beberapa cabaran. Antaranya:

  • Ada yang masih selesa dengan bil bercetak.
  • Risau tentang keselamatan data digital.
  • Tak biasa guna aplikasi.
  • Tak pasti ketulenan notifikasi digital.

TNB tak duduk diam tau sebabnya mereka kini terus dan semakin aktif beri penerangan dan yakinkan pengguna bahawa platform myTNB memang selamat dan patuh sepenuhnya pada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Cara Nak Tukar ke e-Bil

Nak beralih ke e-bil senang je. Anda boleh:

  1. Pergi ke Google Play atau App Store, dan mula memuat turun aplikasi myTNB.
  2. Daftar atau log masuk akaun.
  3. Pilih untuk terima e-bil dalam tetapan akaun.

Tak sampai 5 minit pun! Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi mereka di www.mytnb.com.my.

Jom sokong gaya hidup lebih hijau dan digital. Selain jimat masa dan tenaga, anda juga bantu selamatkan bumi untuk generasi akan datang.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Telefon Xiaomi, Oppo & Vivo Bakal Guna OS Sendiri? Tanpa Android & Google!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *