The Malaysia Post

Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal jatuh pada 21 April

DUBAI: Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bahawa negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal pada 20 April bagi menentukan awal bulan Syawal yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.

Menurut laporan portal Gulf News, berkemungkinan bahawa keadaan anak bulan Syawal tidak kelihatan di beberapa negara Asia dan ini termasuk Australia. Manakala, beberapa negara Islam lain pula berkemungkinan dapat menyaksikan anak bulan pada tarikh berkenaan seperti yang diumumkan oleh Pusat Astronomi Antarabangsa itu.

Kebanyakan negara Islam mungkin akan mengumumkan 1 Syawal jatuh pada keesokan harinya. Maka ini  akan menjadikan hari Jumaat, 21 April, sebagai hari pertama Aidilfitri. Ini bermaksud, umat Islam menjalani ibadah puasa selama 29 hari seperti yang berlaku pada beberapa negara tahun lepas.

Baca lagi | Saman Anwar: Mahkamah Batal Rayuan Yusoff Rawther

Puasa mungkin genap 30: Jabatan Mufti Selangor

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan sebelum ini, Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam di Malaysia mungkin akan berpuasa genap 30 hari. Raya mengejut seperti tahun lepas mungkin tidak akan berlaku. Hal ini berdasarkan analisis kiraan awal atau hisab yang memaparkan hilal Syawal dijangka tidak memenuhi kriteria penampakan atau imkanur rukyah.

Lampirkan jadual waktu solat turut dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor untuk ketiga-tiga zon di Selangor sepanjang bulan ini dengan tarikh 30 Ramadan bersamaan 21 April.

Maklumat yang disiarkan oleh agensi tersebut di Facebook rasmi adalah berdasarkan data dari Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam, di mana ketinggian anak bulan dari matahari adalah dua darjah 11 minit. Manakala, jarak lengkung antara pusat bulan dengan matahari diunjurkan pada kedudukan dua darjah 37 minit, yang menunjukkan kriteria imkanur rukyah yang ditetapkan gagal dipenuhi.

Baca lagi | Teong Kim Mengecewakan Perak FC

Berdasarkan kriteria baharu tersebut yang digunakan sejak 2021 menetapkan ketinggian anak bulan mesti tidak kurang daripada tiga darjah, manakala jarak lengkung pusat bulan dengan matahari harus lebih enam darjah 24 minit.

Jabatan Mufti Selangor juga menekankan bahawa tarikh sebenar Syawal tertakluk pada pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Di Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan membuat pengisytiharan tarikh 1 Syawal setiap tahun melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Saman Anwar: Mahkamah Batal Rayuan Yusoff Rawther

Read Next

9,152 Calon Dipanggil Temu Duga, 4,914 Jawatan Tetap di KKM

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.