Kuala Lumpur, 7 November 2024 – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai daripada kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. STR 2025 kini terbuka kepada permohonan baharu hingga 30 November 2024, terutama untuk mereka yang belum pernah menerima bantuan ini sebelum ini. Artikel ini menyediakan panduan lengkap tentang cara memohon STR, syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan, dan kaedah penerimaan bantuan.
Pengenalan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mrupakan satu inisiatif bantuan tunai yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia. Dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, STR memberi sokongan kewangan kepada isi rumah, warga emas tanpa pasangan, dan individu bujang yang memenuhi syarat tertentu. Program ini diurus oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan kategori kelayakan khusus yang akan dijelaskan.
Baca lagi | Cara Semak Status SARA 2024 – Langkah Mudah untuk Penerima STR
Kategori Kelayakan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025)
STR dibuka kepada warganegara Malaysia yang layak mengikut tiga kategori utama berikut:
1. Isi Rumah
- Pendapatan bulanan maksimum RM5,000.
- Termasuk ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan.
2. Warga Emas Tanpa Pasangan
- Berumur 60 tahun ke atas dan pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
3. Individu Bujang
- Berumur antara 21 hingga 59 tahun dan pendapatan bulanan pula tidak melebihi RM2,500.
- Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar juga layak dimasukkan sebagai anak tanggungan.
Jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) yang Akan Diterima Mengikut Kategori
Jumlah bantuan STR 2025 berbeza mengikut kategori kelayakan dan tanggungan anak:
Isi Rumah
- Pendapatan ≤ RM2,500: Bantuan yang akan disalurkan maksimum sehingga RM2,500 bergantung kepada jumlah anak pemohon.
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000: Bantuan antara RM500 hingga RM1,250.
Warga Emas Tanpa Pasangan
- Pendapatan ≤ RM5,000: Bantuan sebanyak RM600.
Individu Bujang
- Pendapatan ≤ RM2,500: Bantuan sebanyak RM600.
Dokumen Diperlukan untuk Permohonan STR 2025
Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memastikan permohonan STR lengkap iaitu:
Bagi Pemohon Tunggal
- Salinan sijil perkahwinan, sijil kematian pasangan, atau sijil perceraian jika berkenaan.
- Salinan kad OKU bagi pemohon berumur 19 hingga 20 tahun.
Bagi Pasangan
- Salinan pasport, visa, UNHCR, atau pas sempadan.
Bagi Kanak-Kanak
- Salinan MyKad/MyKid dan sijil kelahiran atau sijil pendaftaran anak angkat.
Langkah-Langkah Permohonan STR 2025
Permohonan STR boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR atau secara manual di pejabat LHDN. Berikut adalah panduan bagi pemohon baharu:
- Terus layari Portal Rasmi STR 2025 – Pergi ke pautan rasmi ini https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Daftar atau Log Masuk – Jika pemohon baru, daftar akaun baharu dan pilih “Permohonan Baharu STR”.
- Muat Naik Dokumen – Sertakan semua dokumen yang diperlukan.
- Hantar Permohonan – Sekiranya semua maklumat telah lengkap, anda boleh hantar permohonan untuk disemak.
Permohonan Manual: Pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan STR (BK-01) di pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan menyerahkan borang yang lengkap bersama dokumen sokongan.
Cara Penerimaan Bantuan Tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025)
Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan secara berperingkat. Bantuan STR akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon, atau dibuat secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank.
Baca lagi | Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
Maklumat Lanjut Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025)
Bagi mereka yang telah menerima STR sebelum ini, tiada permohonan baru diperlukan melainkan jika terdapat perubahan maklumat. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari portal rasmi STR atau kunjungi pejabat LHDN terdekat.